Monday, January 16, 2017

Travelog : Pulau Langkawi - SkyCab & SkyBridge

Assalamualaikum.

Hai semua.

Selamat pagi. Selamat bekerja pada semua yang bekerja. Kerja rajin-rajin ya. Biasalah hari isnin mesti sendu-sendu sikit mahu melangkah ke tempat kerja. Hari ini aku tidak sendu sebab ada yang tidak akan merenggut ketenangan aku. Semoga tenang membuat kerja hingga ke waktu balik nanti.

Mahu sambung cerita kisah percutian ke Langkawi. Bila mahu habis entri ini? Aku sendiri mahu termuntah bila nak mula menulis entri percutian ini. Bukan apa pun, malas betul nak memilih gambar banyak-banyak. Baiklah, entri ini diteruskan. Hari kedua iaitu hari sabtu bersamaan 10 Disember 2016.

Awal pagi lagi kami sudah bersiap sedia. Banyak program kalau diikutkan dalam tentatif yang diberi.

Sementara menunggu apaknya, kami berswafoto dulu. Itulah kereta sewa kami. Satu hari RM90.



Kami bersarapan di luar masa ini. Bersarapan di gerai berdekatan hotel.

Sampai sudah di Langkawi Geopark. Waktu ini sudah bermacam-macam rasa bila nampak atas sana. Pertama kali ke sini tahun 2007 aku tak naik pun cable car ini. Sememangnya aku memang penakut. Kemudian waktu itu aku mengandungkan Adriana, makanya sudah itulah dijadikan alasan. Haha

Kali ini datang tidak mengandung, jadi tidak ada alasan kali ini. Husband paksa naik juga. Itu coverlah berpeace bagai walhal perut sudah kecut-kecut.

Melangkah masuk ke dalam taman ini. Raja siang baru menampakkan dirinya.

Orang ramai mula memenuhi taman ini.

Husband beratur untuk membeli tiket. Ada peristiwa yang jadi sewaktu ke Langkawi. Kita orang lupa bawak MyKid anak-anak. Selalunya memang ada dalam dompet aku, tapi aku keluarkan bila husband minta sebelum ke Langkawi. Dah lupa masa tu ada urusan apa. Kemudian dia letak dalam almari. Memang tak ingat langsung. Kita orang perasan masa kat KL Sentral. Ada husband tidaklah aku cuak sangat.

Gigih beratur dua beranak tu.

Harga tiket untuk SkyCab.

Waktu ini menunggu giliran untuk dipanggil. Masa kami adalah 10.30 pagi.

Ini antara group kita orang.

Kami sudah beratur sebaik sahaja giliran kami sampai.

Naik bosan beratur sepanjang-panjang.

Kemudian kami masuk ke dalam tempat macam pawaga. Aku dah lupa apa namanya. Macam 3D gitu.

Sewaktu dalam pawagam.

Dalam beratur tu, aku rakamlah momen-momen ini. Sejarah mengenai Skycab ini.

Begitu ramainya orang bersesak-sesak. Kami sudah ada di atas.

Ini yang beratur di bawah.

Sampai giliran kami menaiki cable car. Satu cable dengan kawan pejabat husband. Cik kak ni bukan main gembira lagi. Dia tak tahu mak dia bukan main membaca doa di dalam hati.

Pandangan dari atas.

Berselindung daripada ketakutan. Marilah bergambar.

Kami tiba di stesen pertama.

Lega sikit bila dah sampai atas. Swafoto kami empat beranak.

Swafoto kami lagi. Kali ini aku pula yang konker di depan.

Kemudian beratur lagi untuk membeli tiket ke Skybridge. Sekarang nak naik ke Skybridge kena bayar.

Inilah harga dan masanya.

Kita orang naik Skyglide yang seketul ni. Jadi berjanggut nak menunggunya.

Tiba juga di Skybridge.

Sekali lagi merakamkan momen di Skybridge pula. Cuak juga aku sewaktu menyusun langkah di atasnya. Terasa bergoyang-goyang jambatan ini. Anginnya boleh tahan juga memukul pipi.

Gayat juga bila memandang ke bawah. Alahai. Mulalah memikirkan yang bukan-bukan.

Sekali lagi kami berempat.

Budak ni memang ngelat. Dia fikir mak dia badang. Dia dah sakit kaki, minta didukunglah.

Sewaktu mahu turun.

Selamat tinggal Skybridge. Permandangan yang indah sewaktu di atas sana. Cantik. Terpukau dengan kecantikkan alam.

Aku suka sangat bila sudah sampai atas tu. Dari atas dapat melihat keindahan alam. Tapi yang nak naiknya alamak ai.

Dah hadap untuk turun pula. Tengok laki aku amik gambar. Masa ni entah kenapa. Mamat sebelah aku tu relax aje. Memang tak ada perasaan ke, memang tak takut ke atau mak ko yang over.

Nana selalu menghilangkan ketakutan maknya.

Mari senyum. Waktu ini baru lega segala usus-usus dalam perut.

Mahu pulang untuk ke destinasi seterusnya pula. Waktu ini perut baru terasa lapar. Tekak baru rasa dahaga. Bukan main stylish lagi gambar ini dengan Ammar bergambar begitu rupa. Haha. Macam-macam budak-budak ni. Bersambung lagi. Undur diri dulu. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: