Tuesday, January 17, 2017

Setiap Kali Ke Kerja

Assalamualaikum.

Hai semua.

Selamat tengahari semua. Aku baru sahaja selesai makan tengahari yang di bawa dari rumah. Alhamdulillah. Masih lagi mengekalkan momentum memasak dari rumah. Setakat masuk minggu ketiga ni masih bawa bekal. Bukan apa pun, tengah ada kerajinan. Ada masa-masa kita rasa malas. Itu yang tak nampak bayang makanan.

Seperti biasalah, aku uruskan anak-anak aku ke sekolah. Cuma bila kena siapkan sarapan dan bekal, haruslah bangun lebih awal daripada kebiasaannya. Lebih mencabar bila seorang diri menguruskan semuanya.  Dari pagi bawak ke malam sambung malam bawak ke pagi. Hah, gitulah kisahnya.

Itu bolehlah dihadapkan lagi. Bolehlah dilalui dengan setenangnya walaupun adakalanya hati terobek. Adakalaya termerungut. Tapi bila teringat pesan seseorang, aku mula menepis segala keluh-kesah itu.

"Sabar. Kita semua dalam dewan peksa. Buat sehabis baik...nanti dapat reward jadi best student." 

Begitulah kata-katanya yang aku pegang hingga ke hari ini. Kata-katanya itu sangat mendalam. Ada maksud yang tersirat. Bila dapat kata-kata positif, maka secara tidak langsungnya kita turut menjadi positif.

Tapi masalah yang satu ini, aku tidak tahu nak berfikir secara positif dari sudut mana. Setiap kali mahu ke kerja, inilah masalah yang aku hadapi. Di mana-mana. Atas jalan sudah mendapat stres. Belum tiba tempat kerja lagi. Aku dah tukar haluan lain untuk mengelakkan kesesakan jalan, namun masih sama sahaja.  Sudah tidak tahu bagaimana mahu mengatasinya lagi. Keluar awal pagi sebelum jam 7.00 pagi tapi aku tiba di tempat kerja lewat dan punch card pun merah.

Masalah betul. Kalau dapat surat cinta hujung bulan, terpaksalah reda. Nak buat macam mana. Memang tidak boleh dielakkan. Aku sudah sehabis baik. Itulah serba-sedikit luahan hati seorang kakak kerani merangkap mak anak dua. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


2 comments:

Linda said...

Betullah Fyda...saya pun sekrg makin rasa nak duduk rumah je xnak keje...homesick kot hehe

paridah said...

ASSALAM APA KHABAR CATATAN MENARIK