Tuesday, January 17, 2017

DAY 13 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - 10 Perkara Disukai dan Tidak Disukai

Assalamualaikum.

Hai. Selamat malam. Sebenarnya mata sudah mengantuk. Memang tersangatlah mengantuknya. Tadi makan sambil pejam mata. Teruk benar bunyinya. Kemudian teman Ammar belajar, sambil aku pun meniarap menulis sebelah dia. Tulis dalam buku nota. Kemudian teringat pula entri untuk hari ini belum disiapkan.

Bercadang mahu golek-golek sambil update guna telefon bimbit saja. Tapi faham sajalah, update guna telefon feelnya tidak sama seperti menaip guna komputer. Aku lebih suka guna komputer. Aura menulis itu lebih terasa. Hah, gitew sekali. Baiklah, entri ringkas saja mengenai 10 perkara disukai dan tidak disukai.

Mari mulakan cabaran untuk hari ini daripada JDT Blogger. Sudah memasuki hari yang ketiga belas. Masih lagi bertahan. Harap mampu habiskan semua task hingga ke garis penamat. Marilah mulakan.

10 Perkara Disukai

1) Pink colour
2) Milo ais
3) Menulis
4) Tidur
5) Menonton drama
6) Membaca
7) Berkaraoke
8) Bergambar
9) Melancong
10) Makan

10 Perkara Tidak Disukai

1) Penipu
2) Orang yang tidak setia
3) Melipat baju
4) Rumah bersepah
5) Orang yang suka burukkan orang lain
6) Makan nasi kuah melimpah ruah
7) Tempat tinggi
8) Kaki ampu
9) Panas
10) Kasut tinggi

Itulah serba sedikit titipan untuk hari ini. Bersambung lagi untuk entri seterusnya pada hari esok. Sekian dan wassalam

#jdtblogger   
#31dayschallengebyjdtblogger  

Salam pena,
Fyda Adim


1 comment:

Edrina Zulkafli said...

Milo ais is bae XD


http://edrinazulkafli.blogspot.my/2017/01/day-13-10-perkara-disukai-dan-tidak.html