Wednesday, January 25, 2017

Meraikan Ulangtahun Anakanda Adriana

Assalamualaikum.

Jumaat lepas, bersamaan 20 Januari 2017 adalah ulangtahun kelahiran anak sulung aku. Nur Adriana Qistina binti Mohd Affendy namanya. Panjang sangat namanya. Gigih nak menyebutnya. Apaknya menggila nak letak nama Qistina. Entah apa yang dia berkenan sangat dengan nama Qistina. Yang aku yakin bukan nama bekas makwenya. Kahhh. Waktu itu tengah sibuk dengan drama Spa Q. Itu yang apak dan maknya bertekak-tekak nak letak nama. Nama Adriana memang aku yang pilih.

Sewaktu nak letak nama Qistina, memang kontroversi. Aku stres. Dalam pantang layan drama Spa Q dan dalam masa yang sama stres sebab adalah ahli keluarga yang tak boleh terima nama itu. Yelah, kalau tersalah sebut. Nak sedapkan hati sendiri aku cari dalam buku nama-nama anak. Ada pula. Sekarang pun ada orang kata nama Qistina ni tergolong nama apa entah. Fikir yang baik-baik saja. Bila kat rumah dia sendiri bahasakan diri dia Nana. Waktu tu dia pelat-pelat lagi, tapi terus lekat nama itu pada Adriana. Ada juga kalangan kawan dia dan sebelah suami panggil Qistina.

Beli dua slice kek di Secret Recipe. Tiba-tiba slice tu tak reti nak cakap melayunya. Suami aku memang tak nak makan kat SR. Entah kenapa. Kalau ajak tak pernah yang nak.

Dua beradik yang cukup membuatkan hidup mak kau kelam-kabut. Adakalanya tersangatlah baik budak berdua ni. Boleh share makan, boleh share barang. Ada masa bertekak macam anjing dan kucing. Dulu mak bidan yang urut aku dalam pantang surub letakkan tali pusat dia orang dalam satu tempat. Katanya kalau gaduh macam mana pun mesti baik punya. Aku kan jenis yang ikut pantang-larang, jadi ikut ajelah. Tak ada niat apa-apa.

Genap sudah umurnya sembilan tahun dan mak kau pun terasa dirinya semakin tua.

Seperti biasa, swafoto kami berempat mestilah ada.

Menu pilihan aku hari itu adalah laksa. Setiap kali makan laksa, pasti aku teringat seseorang. Bukan teringat akan Lak yang gitu gitu. Tak faham tak apa. Hihi. Tapi aku teringat pada Myra Mokhtar. Ada cerita di sebaliknya.

Ini menu suami.

Ini menu untuk anak teruna aku. Ammar dan nasi berpisah tiada.

Kakak dan adik.

Gelagat adik bila si kakak mahu suap kek.

Giliran adik pula menyuap si kakak. Wajah adik seakan terpaksa menyuap si kakak. Memang dia mengomel bila disuruh suap keknya pada kakak.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


1 comment:

Kakcik Seroja said...

Anak-anak begitulah. Kadangkala baikkkkk sangat dengan adik beradik, ada masa pula macam tak boleh berjumpa, hendak bercakar saja. Apa-apa pun bak kata pepatah 'air dicincang tak akan putus'... :)