Hai.
Selamat petang semua. Hari ini dapatlah menulis beberapa entri. Sepanjang menyertai cabaran ini yang dianjurkan oleh JDT Blogger, inilah entri paling cepat yang aku siapkan. Selalunya memang lambat aku siapkan. Hari ini memandangkan punya masa senggang, jadi dapatlah isi masa yang ada dengan menulis. Menulis blog dan menyiapkan tugasan lain.
Hari ini aku dah masak awal. Tak pernah-pernah masak awal. Menu hari ini adalah nasi ayam. Petang-petang dah boleh rehat sambil lipat baju dan menonton drama Teduhan Kasih. Walaupun drama itu ulangan, aku tengok lagi sebab aku suka drama itu.
Baiklah, berbalik kepada tajuk. Aku memang suka bermukadimah dulu sebelum masuk kepada tajuk. Kalau tak berhenti boleh jadi panjang berjela mukadimahnya. Tugasa hari ini adalah berkaitan kenangan manis. Semalam sudah ceritakan kenangan pahit, hari ini kita kongsikan yang manis pula.
Kalau diikutkan kenangan manis yang paling diingati selamanya. Biasalah, yang manis pasti semestinya terindah. Kali ini aku ingin kongsikan kenangan manis yang aku lalui sendiri. Memang manisnya terasa hingga kini. Tak dapat diulang lagi.
Antara kenangan manis sewaktu memasuki pertandingan menulis eBook anjuran Maxis. Menulis novelet bertajuk Dia, Pilihan Hatiku. Sepanjang pertandingan berjalan, cerita itu diupkan di laman web E-Sentral.
Selain itu, setelah beberapa tahun menjadi blogger, aku dapatlah menyertai event yang dianjurkan oleh Nuffnang. Lawatan ke Kilang Mamee. Seronok sangat. Kemudian kami disuruh tulis entri berkenaan lawatan itu dan dibayar RM150.
Akhir sekali, kenangan yang tidak dapat dilupakan. Menghadiri audition di Kuala Lumpur. Sebenarnya aku dan kawan-kawan masuk pertandingan. Pertandingan itu dianjurkan oleh Kotex dan mahu kita hantarkan gambar kreatif bersama sahabat. Kami antaranya yang terpilih. Kemudian yang terpilih itu dikehendaki menghadiri audition.
Seminggu sebelum audition kami diberi video klip Nad Zainal menari dan kita kena ikutlah sama macam videonya. Lagunya pula Erti Kawan. Jadi hari audition memang disuruh menari depan beberapa juri dan peserta lain. Tak pernah-pernah. Memang kecut-kecut perut. Pertandingan ini sebenarnya nak pilih peserta untuk video klip drama Memberku Hawa. Kami hanya memenangi wang tunai RM800. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Begitulah kenangan manis aku. Banyak pula ceritanya pasal kenangan manis. Bersambung lagi di lain entri pula ye. Sekian dan wassalam.
#jdtblogger
Salam pena,
Fyda Adim
1 comment:
Banyak pencapaian , Alhamdulillah. Bab menulis tu, Rose kagum! Tahniah :)
Post a Comment