Tuesday, September 24, 2013

~Dekatnya Cinta Adam&Hawa 2~

Assalamualaikum...

Semalam cerita pasal novel, hari ini pun masih nak bercerita tentang novel yang baru sahaja aku beli.  Masih ingat tak entri sebelum sebelum ini yang aku cerita mencari novel di kedai buku tapi tidak diketemui.  Entrinya di SINI.   Inilah novel yang aku cari sebenarnya.  Lepas je dapat tahu yang novel ini akan dipasarkan mulai september, memang benda yang aku tunggu-tunggu.  Tak sabar nak berjumpa dengan Ain Hawani dan Adam Mukhriz.

Cari punya cari akhirnya jumpa juga di kedai Catch News.  Masa jumpa dengan Mira Mokhtar macam nampak apa je.  Hahaha..Masih ingat lagi tak mira mokhtar?So, aku sedang membaca novel ini.  Separuh buku pun belum sebab baru je habiskan novel Jodoh Itu Milik Kita.  Dunia Aariz Danial dan Dahlia.  Sebab lambat sangat nak tengok ceritanya di Astro, aku habiskan dulu novelnya.

SINOPSIS
Doa Adam Mukhriz dan Ain Hawani di bawah Multazam di Masjidilharam telah dimakbulkan ALLAH S.W.T. Kini, mereka mengutip makna cinta yang tertinggal sebelas tahun lalu. Untuk kali kedua, mereka saling jatuh cinta kembali.

Namun, kebahagiaan mereka tiba-tiba dipanah petir. Dugaan datang menyihir dua hati. Sejambak bunga ros di tangan Ain mencetus prasangka Adam. Siapa yang beri? Cemburunya merasuk apabila terlihat isterinya bersama lelaki lain. Itukah lelaki yang selalu Ain puji? Akhirnya, Adam melafazkan talak.

Sekujur tubuh Ain bagai kaca yang terhempas. Tangannya menggigil menadah takdir. Sekali lagi hatinya dipalu pilu. Adam salah faham. Dia cuba menyuarakan semua itu tapi Adam enggan lagi mendengar.

Arissa dirampas pergi! Ain sudah tidak punya apa-apa. Status bekas isteri menjadikan dia hampir mati. 

Serba sedikit sinopsis tentang novel ini.  Bila baca novel ni, teringat akan lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa.  Sangat awesome lakonan AA terutamanya NN.  Sejak tu aku minat giler kat NN ni.  Tak kisahlah orang nak kata heroin tak lawa ke.  Tapi aku tengok dia lawa je. :D
Kalau aku sudah habis baca aku review semula tentang novel ni.  Berapa bintang yang boleh diberi.  Okay, sekian dulu.





                                                                                                                       

No comments: