Tuesday, September 17, 2013

~Yang Manis Karya Sarah Marissa~

Assalamualaikum...

Selamat pagi selasa.  Semalam adalah hari cuti umum.  Hari ini aku masih bercuti lagi kerana menguruskan anak-anak aku.  Emakku ke klinik pula untuk pemeriksaan bulanan.  Itulah yang aku terpaksa bercuti juga.

Pagi ini nak cerita yang manis sahaja.  Hehehe..Yang Manis adalah tajuk novel daripada novelis Kak Sarah Marissa.  Ini adalah novel kedua yang aku beli daripada penulis yang sama Teduhan Kasih.  Aku mula mengenali penulis ini sejak membaca novelnya Teduhan Kasih tu.  Sejak itu aku mula meminati karya beliau dan sering mengikuti cerita-cerita terbarunya.

Novel Yang Manis ini memang manis sekali jalan ceritanya.  Satu lagi novel santai bagi penggemar tegar novel.  Mengisahkan tentang percintaan Imaniah Sofea dan Raees Hamzah.  Ceritanya tidak terlalu berat dan santai je.  Novel ini telah pun dihabiskan oleh aku.  Ambil masa juga nak menghabiskan.  Biasalah bila baca ada sahaja yang menganggu konsentrasi.

Sinopsis di Kulit Buku


IMANIAH SOFEA tak kisah orang nak kata apa tapi kalau Iman dah suka, Iman tak peduli apa orang kata. Janji Iman suka. Kalau nak kata Iman perigi cari timba pun tak ada masalah. Iman gembira juga.

“Aku nak pikat Raees Hamzah.”

“Apa?”

“Aku nak pikat Raees Hamzah.”

“Kau sedar tak apa yang kau cakap ni, Iman? Kerja memikat tu bukan kerja orang perempuan tau tak. Tu kerja orang lelaki. Serupa perigi cari timba. Tapi kau ni bukan perigi lagi. Tapi perigi buta. Sudahla buta, tak ada air pula.”

Iman tak peduli apa kata sahabat baiknya, Nawal. Iman rasa hanya Raees Hamzah  paling layak menemani hidupnya.

RAEES HAMZAH pun rasa pelik. Kenapa dia boleh suka dengan gadis yang memiliki rambut seperti ekor tupai itu daripada seorang ustazah? Walaupun gadis itu dikatakan ‘tidak cukup kain’ tapi tetap ada manisnya.

“Perempuan macam tu yang hang pilih?”

“Kenapa dengan dia? Gadis yang aku pilih adalah, bila aku pandang dia, perasaan aku jadi sejuk. Penat aku jadi hilang. Susah aku jadi senang. Bukan lagi aku pandang, lagi aku bengang.”

Memang Iman tidak lengkap sifat Muslimahnya seperti Humairah, tapi di mata Raees, Iman lebih nampak suci berbanding seorang ustazah yang mempunyai lidah yang agak bahaya. Namun berjayakah Raees mengubah si manis Iman seperti yang diharapkan? Dan mampukah Iman berubah demi sebuah cinta?

Bolehlah dapatkan novel ini di kedai buku atau secara online di KaryaSeni.  Bolehlah menghayati jalan ceritanya yang merungkaikan kisah Iman dan Raees.  Aku suka dengan novel ini juga seperti Teduhan Kasih tetapi lain orang lain pandangannya.

Sekian..








                                                                                                                  

1 comment:

.:fyzz:. said...

mcm menarik ja novel nih...:)...tgk fidah citer pun dh tau..hehe