Friday, September 27, 2013

~Karnival Di Sekolah Adriana~

Assalamualaikum...

Selamat petang.  Lunch tadi korang ke mana?Aku bertapa kat office je.  Tak ke mana-mana pun.  Hari ini tidak ada tenaga mahu berjalan-jalan.  Padahal baru dapat gaji.  Tengah bergaji ni baik aku stay di office aje sebab kalau tahu tengah ada duit mahu lupa diri kang.  So aku membuta je tadi.  Lena pula tu.

Okey, beralih pada cite adriana.  Ahad lepas sekolah adriana ada buat karnival.  Sempena apa aku pun tak tahu sebab tulisan cina.  Yang ditulis pada kain rentang Karnival Bukit Baru.  Adriana pula terlibat hari tu.  Dia masuk tarian setelah dipujuk oleh papanya suruh dia masuk tarian tu.  Alih-alih papa yang tak ada.  Tapi tak apa, aku dah rekod siap untuk papanya.

Jom tengok gambar.  Video tarian nana nanti aku upload kemudian.

Inilah adriana.  Aku hantar dia petang tu then aku balik rumah dulu.  Lepas maghrib baru aku datang balik.  Datang-datang dia cakap mama, nana pakai lipstick.  Ohmmaiii...Mama memang tak berapa minat berlipstick ni.  Anak aku pula yang minat. 

Inilah kawan-kawannya yang ambil bahagian.

Masa ni persembahan sudah mahu bermula.  Aku tak faham apa yang dicakapkan sebab cakap bahasa cina.  Tarian daripada kanak-kanak tadika yang mula-mula sekali.

Suasana dalam dewan yang dipenuhi manusia.  Memang ramai tapi kebanyakkan adalah cina.  Melayu pun ada juga cuma boleh dikiralah.  Lepas je adriana sudah menari kita orang pun balik.  Tapi memang best tengok nana menari.  Lama juga lagu dimainkan.  Sampai lenguh-lenguh tangan aku merekod.

Sekian dulu...




No comments: