Seamat berhari minggu. Aku masih lagi menghabiskan masa di rumah sahaja. Jap-jap lagi baru nak keluar dari gua. Semalam seharian dok bertapa aje di rumah. Tak menjengah langsung keluar rumah. Mengalahkan orang berpantang.
Aku cuma keluar pagi itu je untuk beli sarapan. Maklumlah rumahku buat sementara ini tiada tong gas atas sebab-sebab tertentu. Hehehe..Sebelah malam bila kelaparan mula terfikir-fikir mahu makan apa. Nak keluar ke kedai depan untuk tapau makanan, tersangatlah malas. Jalan singkatnya order yang ini aje.
Terus buka laman web pizzahut. Huhuhu..Tekak dah lama tak makan pizza, itu yang mengada-ngada. Lepas maghrib tunggu pizza datang.
Inilah yang aku order. Spageti carbonara, chicken wings, mushroom soup.
Aku order pizza yang kecil aje.
Publish!
1 comment:
saya baru ja makan ngan kawn2..mmg kepingin nk makan pizza..pepun..share tiga beranak amik set kecik pun orait dh..:)
Post a Comment