Selamat tengahmalam. Mata tak boleh nak lelap. Blog dah bermacam-macam entry ditulis. Tunggu autopublished aje. So inilah kerjaannya. Pergi dekat tonton. Layan macam-macam cerita. Salah satunya adalah drama bersiri terbaru ini yang diadaptasi daripada novel juga. Tajuknya Love You Mr Arrogant. Ada sesiapa yang mengikuti drama ini?
Okeylah, mahu fokus dan mahu menghayati drama ini. Serba sedikit sinopsis tentang drama ini.
SINOPSIS LOVE YOU MR ARROGANT
Jodoh Zaara Amirah sudah tersurat dengan Zafriel Irham-anak orang kaya
yang bongkak amat.Semuanya terjadi bila dia terperangkap lamaran paksa
jejaka itu. Dek kerana ingin melepaskan diri daripada Sherry menantu
pilihan ibunya,Zafriel memaksa Zaara menjadi isterinya dengan sebuah
janji sebagai modal. Macam mana janji itu boleh termeterai?-
Zaara terlanggar kereta Zafriel secara tidak sengaja.Zafriel meminta
bayaran RM5000 sebagai ganti rugi dan sebagai cagaran Zaara bagi hp
kesayangannya pada Zafriel. Tempoh hutang adalah seminggu.Manala Zaara
nak cekau duit sebanyak itu.
Zafriel mula terdesak bila ayahnya mahukan dia berkahwin. Jika tidak
syarikat Irham holding akan jatuh pada tangan sepupunya. Inilah sebab
janji termeterai antara Zaara dan Zafriel. Irham lagi sanggup berkahwin
dengan Zaara dari Sherry -gadis gedik tu.
Demi sebuah janji, Zaara redha.Namun,dia tidak menyangka keputusan itu
membuatkan hidupnya kacau bilau disebabkan hati kering dan ego yang
tinggi Zafriel.
Tambah pula,sikap ibu mertuanya Puan Seri Maryam yang tidak merestuinya sebagai menantu.
Puan Ser Maryam mula merancang untuk memisahkan Zaara dari Zafriel.
Keadaan bertambah parah bila Zaara dan Zafriel saling mencintai tapi
semua itu hanya di dalam hati. Zaara mencintai Zafriel biarkan tidak
dilayan seperti isteri. Di saat itu, Zaara rela Irham berkahwin dengan
Sherry asalkan ibu mertuanya bahagia. Tapi Irham tidak sanggup
kehilangan Zaara. Hatinya sudah lama dicuri isterinya itu.
No comments:
Post a Comment