Assalamualaikum...
Selamat pagi dan selamat berhari khamis. Alhamdulillah pagi ini terasa sejuk kerana hujan turun membasahi bumi. Dapatlah menyejukkan badan sikit. Ini nak cerita mengenai kisah semalam. Sarapan pagi semalam aku dan rakan-rakan yang lebih kepada pangkat kakak-kakak senior. Baya mak mertua aku pun ada.
Oleh kerana minggu ni minggu akhir Kak Rehan yang akan bersara mulai 1 Oktober ini, maka sarapan kami semalam lain sedikit suasananya. Bersarapan jauh sedikit daripada bangunan yang kami bekerja. Selalunya makan di dalam bangunan je. Jarang nak ke mana-mana. Tak berapa nak rajin. Kalau orang Melaka pasti tahu di mana tempatnya ini.

Inilah antara kakak-kakak yang ada semalam. Kak Rehan yang sebelah kiri. Yang tengah tu Kak Mimah dan sebelah kanan pula CC Noraini.
Dan ini juga my bff, Kak Nisah!!Hampir tujuh tahun kami berada di jabatan ini. Banyak sudah dikongsi bersama. Harap persahabatan berkekalan selamanya.
Ini sarapan aku pagi semalam. Mulanya order mee basah tapi yang datang rupa ini. Mee kuah pula. Ingatkan mee digoreng basah-basah kan. Makanlah juga mee kuah yang sudah seperti tasik ini.
Masing-masing sibuk berbual sementara menanti makanan tiba. Sesekali ubah selera memang menyeronokkan. Dapatlah hilangkan stress!
Sekian..

3 comments:
mee limpahan tasik hahahah
kalau kat kedai tu kena ckp mee goreng lembap ler.....
tasik ayer keroh ekk?
yg mana satu restoran nyer?
kat tempat yg bleh naik bot tu ke?
sebab mee basah tu nampak menarik sgt!
Post a Comment