Assalamualaikum...
Selamat pagi isnin. Huh!!Hari ini dengan semangatnya mahu ke kerja. Betul kan minggu ni minggu akhir september. Hah!!Sila pengsan. Macam tak percaya je sudah melepasi hari -hari sebelumnya. Tak lama je lagi. Tak sabar, tak sabar. Kalendar diselak hampir setiap hari. Tak sabar nak ke Sabah, tak sabar nak jumpa hubby, tak sabar nak holiday, tak sabar nak berempat. Sabar, sabar.
Okay, lupakan kisah ketidaksabaran aku tu, semalam adriana ada karnival di sekolahnya. Dia masuk tarian. Papanya yang mendorong untuk masuk tarian tu tapi akhirnya papa tak tengok. Tak apa mama ada rekod khas buat papa.
Nanti akan diupdate kisah tarian adriana di sini. Gambar di atas hanya mama dan adriana je yang over. Ammar macam blur. Hehehe...Nak buat love pun tak rupa love si mama dan si anak. PhotoG haruslah papa.
Okey, sekian dulu entri pagi ini. Mahu melaksanakan tugasan yang tidak pernah surut. Sekian..
2 comments:
Pertemuan pasti lebih indah setelah lama rindu mengunggu Fida...
wah! nak jumpa papa di sabah ye anak-anak apen? best nyer... melepas rindu!!!
Post a Comment