Assalamualaikum.
Selamat petang.
Bila hujung minggu, macam-macam kerjaan yang nak dibuat. Kemas rumah, kemas kain baju, masak-masak untuk isi rumah selagi perut mereka minta diisi memang akan ingat nak masak aje, kemas bilik dan macam-macam lagi benda yang nak dikemas. Hari ini macam tak berapa nak kejar masa sebab minggu ini cuti sekolah. Tak adalah berperang dengan baju sekolah.
Tenang sikit maknya. Kalau tidak gosok baju sekolah, siapkan baju sekolah, itu ini dah malam. Hari ini pun ingat nak keluar tapi rasa malas pulak. Jadi aku dan anak-anak di rumah dan kemas apaa yng patut. Aku dapatlah kemas bilik kecil yang menempatkan komputer dan buku-buku. Susun rak buku. Itu pun dah rasa bahagia.

Ini masa hari jumaat malam sabtu. Baru sempat nak beli barang dapur. Selalu beli stok untuk sebulan.
Ini pula sabtu pagi. Mengemas sambil mengajar budak darjah satu.
Sambil mama minum secawan hot chocolate.
Ini pula cerita hari ini, ahad. Sarapan pagi dengan sepinggan sramble egg.
Kemudian tengah hari pula, aku masak chicken meatball cheese. Dah lama memasang niat nak buat sendiri. Hari ini barulah berkesempatan untuk memasaknya. Anak-anak pun suka. Bolehlah buat makan tengah hari dan juga makan malam. Cuti makan nasi. Hahaha.
Itu sahaja coretan di petang hari. Nanti bersambung lagi.
Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
1 comment:
Macam2 boleh buat bila hujung minggu.
Ada orang nak rehat aje.
Post a Comment