Friday, January 6, 2017

DAY 2 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Gambar Setahun Lalu

Assalamualaikum.

Hai. 

Selamat petang. Entri ringkas untuk petang ini. Masih mahu lagi menyahut cabaran daripada JDT Blogger. Terpaksalah menulis melalui telefon bimbit. Tak suka sebenarnya tapi kekangan masa membataskan aku untuk hidupkan komputer.

Untuk entri ini, mahukan gambar setahun yang lepas. Bila digodek-godek, dibelek-belek, gambar yang jatuh untuk tarikh hari tidak ada satu pun.

Ini gambar setahun yang lepas sewaktu sambutan hari lahir anak aku yang sulung di KFC. Mak uda dia yang buatkan majlis ini untuk dia memandangkan tarikh lahir sepupunya pun pada bulan Januari. Itu sahajalah gambar yang ada untuk januari tahun lepas. Selebihnya tidak ada. 

Cukup dulu entri untuk petang ini. Harap dapat mengekalkan momentum menulis dalam meneruskan misi menyahut cabaran ini. Tunggu entri untuk esok pula. Sekian dan wassalam.

#jdtblogger
#31dayschallengebyjdtblogger

Salam pena,
Fyda Adim



2 comments:

Wawa Ashihara said...

kembar ke tuhh??

thanks join tau.. jangan lupa komen entry org lain skli ya jgn sombong2 :)

Edrina Zulkafli said...

selamat bersegmen :)

*a visit from: http://edrinazulkafli.blogspot.my/2017/01/day-2-gambar-setahun-lalu.html