Tuesday, December 22, 2015

Walimatul Urus Sembilan Tahun Lepas

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat malam semua. Mengisi ruang-ruang kosong ini dengan menulis. Sebenarnya sedang menyiapkan tugasan tetapi itulah banyak sangat rintangan dan halangannya. Semoga dipermudahkan sebab sudah sekian lama tertangguh.

Baiklah, hari ini tanggal 22 Disember 2015 genap sembilan tahun usia perkahwinan aku dan suami. Alhamdulillah, syukur masih lagi diberi peluang untuk memegang gelaran suami isteri. Dalam tempoh ini sudah banyak yang kami lalui bersama. Suka, duka, susah dan senang. Dari tidak punya apa-apa. Yang ada hanya sebuah kapcai. Hehehe...

Kad kahwin kami. Masih tersimpan rapi di dalam album kawin kami. Kenangan.

Kad pun dah bertukar warnanya.

Kami sembilan tahun lepas.

Kami dua hari sebelum genap sembilan tahun. Masih samakah kami? Dulu dan sekarang? Baju nikah aku masih lagi muat kalau dipakai. Syukur alhamdulillah. Semoga kami dapat menjadi pasangan yang bahagia hingga ke jannah dan dapat membesarkan anak-anak bersama. Sekian dan wassalam.

Salam pena,




1 comment:

Unknown said...

salam singgah..

kenangan sungguh.. nti khwin nak jugak la simpan kad khwin satu..