Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...
Selamat tengahari semua. Salam jumaat. Hari yang penuh barakahnya. Moga kita semua di bwah lindungan-Nya dan sentiasa dirahmati. Dipermudahkan segala urusan baik di dunia mahu pun di akhirat kelak.
Hari ini, kurang sikit pada aku. Member tiada sebab bercuti. Jadi tiadalah teman nak bercerita. Nak bergelak pun tak dapat. Huh. Sesi mereputkan diri sendiri. Nasiblah hari ini jumaat kan. Masa rehat panjang, jadi bolehlah berliburan. Hehehe...
Berbalik kepada tajuk di atas, setiap apa yang kita lalui sudah ditentukan Allah sejak azali lagi. Kita kenalah belajar untuk berlapang dada, bersangka baik pada Allah. Setiap ujian dan dugaan itu membuktikan bahawa Allah begitu menyayangi kita. Haruslah kita bersyukur dengan ujian itu kerana tanpa ujian tersebut kita tidak akan tahu erti kehidupan yang sebenar.
Andai kita rebah, bangkitlah. Kuatkan diri. Jangan terus dihanyutkan dengan rasa sedih itu. Dugaan itu juga mematangkan kita. Perkara yang menyedihkan kita, mengecewakan kita sebenarnya adalah satu petanda atau petunjuk supaya kita tidak terus alpa.
Mungkin suatu ketika dulu, kita terlalu taksub dan menyanjungi seseorang sehinggalah ktia diberikan dugaan barulah kita sedar yang kita perlu lebih berhati-hati agar tidak tersalah langkah. Begitulah contohnya. Sekian dulu nukilan aku untuk tengahari ini. Bersambung lagi nanti. Mahu keluar ke Aeon Bandaraya. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
No comments:
Post a Comment