Wednesday, December 2, 2015

Family Gathering Pada Malam Minggu

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Entri kedua untuk hari ini. Datang kerajinan untuk menulis. Bila datang rajin memang macam-macam kerja boleh buat. Cuma datang tak rajin kerja yang senang pun memang tak nak dibuatnya. Begitulah. Memang tak patut kita ada sikap bermalas-malasan. Asben aku selalu marah kalau aku jawab 'malas.' Itu yang aku guna tak rajin. Hehehe...

Baiklah, berbalik kepada tajuk di atas. Kisah dua minggu lepas bila mana along asben ajak bergathering di rumah mak. Menunya ikan bakar di samping menu-menu lain. Kira potluck. Jadinya sebelah petang masing-masing sudah berkumpul di rumah mak untuk memulakan aktiviti.

Sesi membakar ikan, ayam dan sosej.

Asben dan Adriana. Gigih laki aku masak lasagna.

Inilah rupa lasagna kita orang. Hari tu sos putihnya terlebih.

Kanak-kanak yang berada di ruang tamu begitu menggamatkan suasana.

Beginilah keadaan kita orang bila berkumpul. Meja makan rumah mak tak muat untuk kami jadinya makan di bawah. Seronok!

Suasana yang paling seronok bila makan beramai-ramai. Sesekali berkumpul macam ni kan dan kali ini kami ada ahli baru. Itu sahaja entrinya. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



1 comment:

Kakzakie Purvit said...

Kalau kakak pun sama Fyda bila dah kumpul ramai-ramai mesti kena makan bawahlah
Meja manalah muat kalau dah semua ipar-duai-cucu-cicit semua ada:)