Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...
Selamat pagi semua. Semalam pergi kerja penuh semangat sebabnya hari ini cuti. Hah! Dari isnin dok menghitung hari bila nak sampai ke hari rabu. Kalaulah masih punya cuti memang sudah aku sambung cuti panjang.
Minggu lepas sudah habiskan cuti untuk ke Family Day di Rompin. Nampaknya minggu ni hanya tiga hari saja kita bekerja. Dapatlah hujung minggu yang panjang memandangkan Maulidur Rasul jatuh pada hari ini dan esok pula Hari Krismas.
Seronok kan bila sentuh bab-bab cuti ni. Siapalah yang tak suka cuti? Semalam sewaktu memandu mahu pulang, kepala fikir macam-macam. Hujung minggu ni macam-macam kerja yang mahu dilaksanakan. Kemas rumahlah, lipat bajulah, basuh bajulah. Ingat nak kemas sekali bilik komputer di mana situ letaknya rak-rak buku. Nak susunlah buku-buku yang sudah agak berterabur walaupun letaknya di rak.
Entahlah kesampaian apa yang aku niatkan sebelum cuti ni. Jangan pula asben balik diajak berjalan aje kerjanya memang tak melekat kat rumah. Selain nak selesaikan kerja-kerja di rumah, aku ada juga tugasan yang perlu diselesaikan. Misi 14 hari. Mampukah? Aduhai...Macam-macam tak kesampaian aje nampaknya. Fokus!
Cuti-cuti ni kalaulah dapat pergi ke tempat yang dapat menenangkan fikiran alangkah bagusnya. Menghirup udara segar dapat mengembalikan aura positif dalam diri sambil menikmati permandangan indah ciptaan Allah. Sekian entri pagi ini. Salam Maulidur Rasul. Wassalam...
Salam pena,
No comments:
Post a Comment