Sunday, December 6, 2015

Berjimba Di Bayou Lagoon

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi. Salam hujung minggu. Semalam kita dikhabarkan dengan kemangkatan Tunku Laksamana Johor Tengku Abdul Jalil. Al-Fatihah. Salam takziah kepada seluruh kerabat di raja Johor atas pemergian almarhum.

Baiklah, kisah kami pula. Semalam petang dapat menjejakkan kaki ke Bayou Lagoon yang tidak jauh dari kawasan perumahan kami. Orang jauh sudah lama sampai, kami yang dekat baru saja berpeluang ke Bayou Lagoon.

Jumaatnya baru asben beritahu mahu membawa aku dan anak-anak ke Bayou Lagoon. Memangler melompat-lompat hati. Berjalan kan siapa yang tak seronok walaupun tempat tu sekangkang kera dari rumah. Memang dekat gile. Jadi semalam dalam jam 2.00 petang kami keluar rumah Sebelum tu asben dan anak-anak ke kenduri dulu. Aku tak ikut kemas beg. Kemudian telefon Kathy, biras aku tanya dia dah keluar rumah atau belum. Memang dah janji dengan dia nak ke Bayou Lagoon sama-sama.

 Sampai kami di Bayou Lagoon. Ramainya umat manusia.

 Bergambar dululah ye sebelum terjun dalam air.

Ini rombongan kecil kami semalam ke Bayou Lagoon.

Keadaan di Bayou Lagoon semalam. Maklumlah cuti sekolah, itu yang ramai. Masing-masing mahu meluangkan masa bersama keluarga tersayang.

 Cubaan Ammar untuk lari daripada papanya. Hero aku ni penakut air.

Inilah biras aku bersama anaknya. Si Emma tu tak takut air langsung. Tak menangis. Siap ketawa-ketawa masuk air. Aku mandi dengan Emma seronok je. Masa tu si Kathy dah bawakkan hero aku naik atas. Menangis je kerjanya si Ammar tu. Kat rumah beria-ia "Ammar nak berenang." Sampai sana terjerit-jerit melalak. Orang lain mandi dia sorang dok menangis. Itu sahaja percutian terdekat kami buat masa ini. Sekian dan wassalam.

Salam pena,




1 comment:

ibuayu said...

Anak kecik akak pun trauma air..lama2 ok sikit ..tebsion menengoknya