Thursday, December 24, 2015

Family Day Kastam Part 3

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat tengahari. Bersambung lagi dengan entri family day kastam part 3. Gigih menaip sampai part 3 kan. Terpaksa dipecah-pecahkan sebab gambar terlalu banyak. Berdenyut-denyut kepala nak menyiapkan entri ini. Mata berpinar-pinar memilih gambar.

Entri ini bersambung dari entri INI. Sebelah petang tu ada acara sukaneka. Kalau ikutkan badan yang tidak berapa sihat, mahu saja aku bergolek-golek di bilik. Memandangkan asben beria ajak aku pun dengan langkah lemah menuju ke tepi pantai.

Masa sampai kat belakang resort ada sorang sedang menyiapkan permainan.

Yang ada di tepi pantai.

Main layang-layang.

Family salah seorang daripada kami. Aku tak kenal.

Nana bergambar berlatarkan belakangkan Ammar sedang membuat istana pasir bersama kawannya.

 Bayang-bayang siapakah?

Bayang-bayang kamilah. Selfie kami laki bini.

Kemudian acara pun sudah bermula. Ini acara pertama. Amik air dengan span dan isi dalam botol mineral sampai penuh.

Gigih dua beradik tu masuk.

Ammar dan Adriana beria penuhkan botol mineral tu
Sementara aku dan suami duduk di buai. Ala-ala cerita bawang merah dan bawang putih. Hahaha...

Kemudian acara kedua. Kena pungut gula-gula yang dibaling dan kumpul seberapa banyak.

Acara ketiga untuk adalah untuk yang dewasa. Aku tak masuk pun. Dah tua-tua bangka ni tak maulah aku. Bagi sokongan kat laki sendiri je.

Anak-anak disuruh beratur sebab nak bagi hadiah.

Hadiahnya adalah fail dengan alat tulis. Laki den tukang bagi pada dia orang.

Sebelah malamnya, anak-anak sudah bersedia. Malamnya ada bbq part 2.

Kali ni bbq di tepi pantai. Angin pantai begitu kencang menyapa diri. Tudung pun turut mengibas-ngibas.

Masing-masing sedang gigih memanggang segala makanan.

Anak-anak bermain pasir. Pasir putih tepi pantai..

Inilah group kami. Bersusun kereta kami. Situlah makan, situlah memanggang, situlah tempat berbual. Sangat seronok walaupun aku hanya mengikut aje. Itulah kisah family day yang berakhir malam itu sebab sabtunya masing-masing akan cek out secara berperingkat. Ada yang pulang awal pagi, ada yang stay dan kami pun cek out lebih kurang jam 10.00 pagi. Nanti aku ceritakan lain entri untuk hari akhir di Rompin. Sekian dan wassaalam.

Salam pena,




1 comment:

adianiez AIDA said...

fyda, apen da berisi.
lama x jumpa dia kot.