Wednesday, December 9, 2015

Makan Bersama Teman

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Sekejap sudah rabu. Esok khamis dan lusa jumaat. Motif? Hah! semoga hari ini lebih baik dari semalam. Semalam ketenangan sudah diragut. Jadi lupakan peristiwa semalam. Tidak mahu lagi dihantui kisah semalam. Langkah dengan semangat yang baru. Tidak mahu memikirkannya lagi. Masalah orang sudah jadi masalah aku. Baiklah, cerita selasa lepas, Kak Mimah rakan sepejabat ajak kami bertiga makan di KFC. Kak Mimah yang payung kita orang. Hahahaha...

Alhamdulillah, rezeki kan bila ada orang belanja. Mudahan dia pun dimurahkan rezekinya dan diberikan kesihatan yang baik. Tahun depan dah nak bersara. Jadi tepat jam 1.00 tengahari kita orang pun keluar menuju ke KFC berdekatan. Pergi dekat Ayer Keroh aje.

Ini set untuk aku.

Kak Mimah yang tudung coklat itu.

Mereka berdua ni mesti ada. Dua Amira yang kini ada dalam hidup aku. Semoga mereka ikhlas menerima aku sebagai sahabat mereka. Sekian entri pendek untuk pagi ini. Sekian dan wassalam.

Salam pena,






1 comment:

ibuayu said...

Bestnya dpt gather2 dgn member2..makan2 borak2 hilang stress