Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...
Selamat malam semua. Entri di tengah malam adalah suatu perkara yang jarang sekali berlaku di kala waktu bekerja. Hari ini dapat siap kerja awal. Memasak, mengemas apa yang patut dan paling penting bila si anak teruna sudah tidur lebih awal. Tadi sudah masuk sekali tidurkan anak teruna tapi kali ini maknya tak lelap sekali.
Kemudian tulis status di FB. Beginilah luahannya. Meluah sambil melatih menulis. Hah gitu sekalinya.
Beberapa kali aku cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Resah. Sekejap aku kalih badan ke kiri, sekejap aku kalih badan ke kanan. Fikiran menerawang memikirkan hal yang berlaku pada hari ini. Peristiwa siang tadi masih menghantui diri. Apa yang terjadi siang tadi sememangnya di luar kawalan. Mungkinkah akibat terlalu memendam rasa hingga tercetusnya situasi sebegitu? Perasaan berkecamuk. Aku masih dihimpit dengan perasaan serba salah. Sesungguhnya aku tidak suka dengan apa yang aku rasa kini.
Tersepit rasanya. Aduhai. Aku memang tak suka dihantui perasaan sebegini. Satu hari tak dapat nak buat apa-apa. Cuba mengawal perasaan ini namun sesekali dihantui. Memang berhantu sungguh! Mudahan perasaan berkecamuk ini cepat berlalu pergi. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
No comments:
Post a Comment