Tuesday, December 22, 2015

Suatu Pernah

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi. Selamat bekerja buat semua. Semalam sewaktu pulang dari kerja aku terdengar lagu di corong radio. Puas jugak aku mengamati bait-baitnya. Bila aku amati suara penyanyinya rupanya Fynn Jamal.

Balik rumah aku cari di youtube. Rupanya tajuk lagu yang aku dengar adalah 'Levitasi'. Nyanyian Fynn Jamal, Kaka azraff dan Zizi Kirana. Aku dengarlah beberapa lagu Fynn Jamal malam tadi sehinggalah aku terdengar Suatu Pernah. Entah kenapa lagu ini sangat menyentuh hati ini. Beberapa kali juga aku ulang dengar. Aku sertakan lirik lagunya. Cubalah korang hayati pula. Aku tak tahulah ini lagu baru atau lagu lama Fynn Jamal tapi aku baru dengar malam tadi. Serius!

Habis sudah madah
Tak ada satu pun yang tertinggal
Setiapnya telah
Kau ambil dan terus kau jual

Seolah tak pernah memakna apa
Seolah tak pernah kau inginkannya
Seolah- tak pernah

Dikutipku bila sudi
Di bila tidak, dibiar mati
Dan lebih menyakitkan
Ku tetap tunggu di tepi jalan

Seperti tak pernah ku ada harga
Seperti tak pernah kita bersama
Seperti tak pernah kau mahu aku
Tak pernah rindu
Tak pernah rayu
Dulu

Terlebur hancur kebal rusukku
Berkecaisepai, terpecahbelah
Terima kasih atas ajarmu
Cinta tak wujud
Ah, tak pernah

Dan dengarkan jeritku
Jujur tak terfitnah
Kau hanya bagiku
Suatu yang pernah
Suatu yang pernah

Takkan ada apa
Yang mampu untuk buat kau pulang
Bila sudah tiada rasa
Bikinlah apa, tetap kau terbang

Takkan ku pujuk kau jangan pergi
Takkan ku minta kau fikir lagi
Takkan ku paksa renung semula
Takkan ku suruh apa-apa
Takkan ku izin tubuh dibuka
Takkan ku pamer reput di dada
Takkan ku rebah
Takkan ku goyah
Takkan ku biar tubuh didarah

Terlebur hancur kebal rusukku
Berkecaisepai, terpecahbelah
Terima kasih atas ajarmu
Cinta tak wujud
Ah, tak pernah

Dan dengarkan jeritku
Jujur tak terfitnah
Kau hanya bagiku
Suatu yang pernah
Suatu yang cuma pernah
Suatu yang– pernah


Ini video klip lagu tersebut. Cubalah korang pula dengar. Adakah sama rasa dengan apa yang aku rasa ketika mendengarnya buat pertama kali? Sekian dan wassalam.

Salam pena,




1 comment:

as samsudin said...

Memang best lagu ni Fyda...as suka sangat....lagu puisi...