Monday, December 21, 2015

Family Day Kastam Part 1

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Menaip di jam 5.00 pagi. Terbangun dan terus tidak boleh melelapkan mata. Bangun dan iron baju. Kemudian pilih-pilih gambar masa hari keluarga bersama warga Kastam Batu Pahat. Uhhh nak termuntah pilih gambar dalam folder. Gambar dari handphone lain, yang dari DSLR lain. Kalau dari kamera kena edit pula nak kecikkan. Bertabahlah. Makanya ini entri untuk part 1.

Khamis lepas jam 1.00 tengahari kami berempat bertolak ke Rompin. Hari rabu malam asben sudah balik Melaka untuk menjemput kita orang. Makanya pagi tu baru aku ada feel nak kemas baju bagai. Barulah terkial-kial. Kerja last minit. Hah! Aku order tiga jenis kuih. Kononnya ada pasang niat nak buat cheesetart tapi dek kerana kerajinan itu senipis kulit bawang, maka kita lupakan saja hasrat murni itu. Lain kali!

Sudah separuh jalan. Kepala sudah ting tong. Bila mahu sampai.

Kami bertiga. Anak teruna aku sedang lena diulit mimpi.

Sampai mana entah, kami singgah KFC. Take away dan makan dalam kereta sebab nak kena sampai resort sebelum jam 7.00 petang. Asben tak tahu jalan. Ikut GPS pun bukan boleh bergantung sepenuhnya.

Anak-anak makan sorang seketul ayam. Jadilah untuk alas perut.

Yeahhh, kami sudah cek in chalet. Sampai lebih kurang jam 6.00 petang gitu. Tak perasan pula waktu sampai. Dek kerana kepenatan mahu cepat sampai bilik.

Jam 8.30 malam kami menuju ke tempat BBQ. Mereka sudah mulakan aktiviti membakar. Sampai aje jumpa officemate asben dan salam-salam. Aku salam hat pompuanlah kan. Kang ada pulak yang tersalah tafsir tulisan aku. Hehehe...

Ini sebahagian ahli keluarga yang ada.

Ini aku tak kenal. Main tangkap gambar masa dia orang sedang potong timun.

Adriana pegi mana-mana cepat je dapat kawan. Bagus. Mak dia yang agak hegeh sikit.

Aku masih lagi diberi tugasan oleh asben untuk mengambil foto. Sesi membakar masih diteruskan.

Ini geng-geng lelaki.

Adriana dan ammar.

Antara menunya adalah nasi lemak. Apam sudah suku tinggalnya.

Kemudian kami disuruh makan.

Masing-masing mengambil makanan sendiri. Layan diri.

Ini pun officemate asben.

Kaum lelaki masih lagi dengan tugasan mereka.

Aku membawa diri ke sini sebab meja sudah penuh. Memantau budak berdua tu pun iye jugak. Leka sikit entah mana hilangnya.

Ini pinggan aku. Macam-macam makan malam tu. Ayamlah, ikanlah, kambinglah. Aku tak makan kambing, asben yang makan. Dah puas telan kambing nanti dengarlah dia dok ngadu sakit kepala. Cari penyakit namanya. Itu sahaja aktiviti untuk hari pertama kami di Rompin Beach Resort. Sekian dulu entri untuk pagi ini. Mahu bersiap untuk kerja. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



1 comment:

Kakzakie Purvit said...

Ruginya Fyda tak makan kambing. Kakak suka kambing panggang kena sos black pepper aduhai sedapnya..:)