Friday, July 25, 2014

~Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014~

Teks : Fyda Adim
Foto : Koleksi Sendiri

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Lagi beberapa minit sahaja lagi mahu pulang.  Memandangkan hujung minggu akan kesibukan menyiapkan pelbagai persiapan menjelang Aidilfitri, aku titipkan ucapan hari ini.  Entri ketiga untuk hari ini. 

Dikirimkan kad ucapan di sini daripada aku, suami dan anak-anak dengan ucapan Salam Aidilfitri.  Memandangkan lagi dua hari kita akan menyambut Aidilfitri, aku ingin memohon maaf kepada kalian semua jika ada kata-kata atau ayat-ayat aku di sini membuatkan ada yang terasa, terkecil hati sepanjang aku berblogging.  Manalah tahu ada yang berkecil hati dengan penulisan aku.  Harap dimaafkan apa yang terkurang sepanjang aku menulis di blog picisan aku ini.

Syawal kian menjelang tiba,
Ramadhan akan meninggalkan kita,
Salam lebaran buat semua,
Ikhlas daripada kami sekeluarga.


Terpaksa guna kad raya tahun tahun lepas.  Sebenarnya kawan aku ada buatkan tapi gambar dia macam blur.  Gunakan sahaja koleksi yang ada.  Janji apa yang mahu dititipkan akan sampai.  Sekian dulu entri pendek dan jumpa lagi.  Semoga kedatangan Syawal ini disambut dengan penuh rasa kesyukuran dan kegembiraan bersama famili tercinta.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                          

2 comments:

sueada said...

selamat hari raya in advance, akak. :)

ibuayu said...

Selamat hari raya maaf zahir dan batin..