Monday, July 21, 2014

~Minyak Kereta, Iftar Dan Baju Raya~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Lagi beberapa minit mahu pulang.  Baru sahaja selesaikan beberapa tugas hakiki.  Hari ini melayan mata yang asyik memberat sejak pagi tadi.  Dapatlah tidur sejam masa rehat tadi.  Itu pun tak hilang mengantuknya.  Rasa macam mahu letak lidi kat mata.  Dapat bayangkan tak betapa mengantuknya aku hari ini.

Ini entri campur baur.  Kisah jumaat lepas.  Jadi aku buatlah satu entri.  Dimulakan dengan minyak kereta.  Iye diulang minyak kereta.  Dalam jam 3 petang aku dapat call daripada asben aku.  Minta tolong! Rupanya minyak keretanya habis.  Kereta asben aku guna NGV.  Gas habis ingat nak guna minyak, sekali minyak kereta pun habis.  Jadi si isteri pun menghantarlah misi bantuan ke Ayer Keroh.  ala-ala jadi superman hari tu.  Tak pun spiderman.  

 Beli minyak guna botol air mineral.

Tuang bang kasi penuh.   Itu kisah laki aku jumaat lepas.

Kemudian petang itu kita orang beriftar di tepi laut.  Tak pernah pun berbuka tepi laut.  Ini pertama kalinya.
 
 Bawaklah segala macam makanan.  Sebelum tu asben pergi beli makanan di bazaar ramadhan.

 Ramai juga yang berbuka di tepi laut.  Sesekali emnikmati permandangan indah ciptaan Illahi.

Selesai berbuka, kami ke Masjid Sleat untuk solat maghrib.  Usai solat, terus ke sini.  Melaka Mall.  Kononnya mahu mencari baju raya.  Punya ramai orang smapai tak dapat nak fokus.  Memang tak dapat apa pun.  Sudahnya cuba ke area Kota Fesyen.  Aku survey-survey dulu memandangkan anak-anak dah tidur.

Dalam masa nak balik boleh tersinggah kedai jual carpet.  Huh! Untuk mengubati kekecewaan malam itu kami laki bini beli sesuatu di kedai ini.  Berbaloi-baloi membeli jam 12 tengahmalam.  itu sahaja kisah jumaat lepas.  Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,







                                                                                                         

No comments: