Thursday, July 24, 2014

~Iftar Keluarga Bawean~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Salam 26 Ramadhan.  Lagi tiga hari sahaja lagi kita akan menyambut Aidilfitri.  Tahun ini agak kurang semangat.  Entah kenapa.  Buat kuih pun tiga jenis aje berbanding tahun lepas aku tersangatlah rajin.  Angkat bakul sendiri pula.  Tapi betul tahun ini memang kemalasan yang amat.  Dapat buat kuih raya tiga jenis pun dah bersyukur.  

Tapi iftar beramai-ramai bersama keluarga aku tetap berjalan seperti tahun lepas.  Iftar keluarga bawean.  Siapa orang bawean kat sini? Ada tak yang tak tahu bawean itu apa? Keluarga aku kecil sahaja.  Aku dua beradik jadi memang selalu plan dengan kakak sepupu aku.  Dia pula anak tunggal.  Memang kami berdua rapat dari kecil.  Jadi 22 Ramadhan hari itu kami berbuka beramai-ramai.  Jom tengok gambar.

 
Kami berbuka di Agus Roti John Bukit Beruang.  Tempatnya strategik.  Senang nak bawa mak long aku turun kereta.  Tak payah jalan jauh-jauh.  Aku tukang reserved dan amik order dia orang.  Order makana guna whatsapp.  

Inilah keluarga aku.


Sesekali bila berkumpul memang seronok.


Ini anak-anak buah aku.

Ralit sungguh laki bini ni menengok handphone.  Ammar tepi tu boring je.  Sampai menongkat dagu.


Mak aku sebelah kanan.  Sebelah kiri maklong aku.  Mereka dua beradik je.


Sementara menanti waktu berbuka.  Ada pesanan yang masih belum tiba di meja.


Sebelum pulang seperti biasa perlu dirakamkan kenangan.  Sekeping gambar buat tatapan.  Dalam gambar ini pun masih tak cukup korum.  Sorang anak buah aku tak dapat balik.  Malam raya barulah dapat balik.  Semoga tahun depan akan ada waktu seperti ini lagi.  InsyaAllah.  Itu sahaja kisah kami beriftar beramai-ramai.  Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                          

No comments: