Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri
Assalamualaikum...
Selamat petang. Lagi setengah jam mahu pulang. Masuk WP1 memang syok sebab balik 4.30 petang. Dalam fikiran dah fikir mahu masak apa untuk berbuka ini. Tapi hari ini asben keje petang, makanya aku mesti tapau makanan dari rumah mak aku. Entri ini ditaip masa waktu rehat tadi. Melayan mata mengantuk baiklah aku menaip. Dalam fikir menu itu yang mahu aku kongsikan menu. Mana tahu boleh memberi idea.
Sambung cerita untuk 3 dan 4 Ramadhan. Memandangkan hari ektiga berpuasa sudah bekerja maka kerisauan melanda. Terfikir sempat ke tidak untuk masak berbuka. Setakat ni masih sempat walaupun lintang pukang di dapur.
Untuk 3 Ramadhan hari tu aku masak yee mee sizzling. Kuahnya kurang pekat. Nak cepat.
Sempat buat sosej gulung.
Popia ketam.
Sempat buat dadih untuk anak-anak.
Dan hari rabu lepas bersamaan 4 Ramadhan kebetulan aku cuti ekcemasan sebab adriana demam. Untuk bebruka aku masaklah nasi lemak, sambal sotong kembang dan ayam goreng. Itu sahaja ceritanya untuk menu berbuka aku sekeluarga. Alhamdulillah, rezeki yang seadanya. Bersambung lagi. Sekian dan wassalam...
Aku Penulisnya,
No comments:
Post a Comment