Thursday, July 24, 2014

~Bermain Bunga Api~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum...

Selamat malam semua. Salam 25 Ramadhan. Ramadhan hampir meninggalkan kita. Baru senang nak menulis di sini. Sejak semalam kesibukan melanda diri. Sibuk dengan aktiviti harian. Itu sahaja.

Okey, ini nak cerita kisah kanak-kanak ribena yang bermain bunga api. Sabtu lepas aku duduk di rumah mak. Kebetulan asben aku keje petang. Sedang eloklah nak melepak rumah mak. Asben hantar aku balik rumah mak. Dapatlah berbuka sekali dengan mak ayah aku.


Usai berbuka, ajaklah budak bertiga ni main bunga api.


Ammar dan kakak nana. Mulanya ammar tidur tapi mengenangkan siang tu dia sibuk nak main bunga api, maka aku kejutlah dia. Itu mamai tu. Kejam maknya.


Cik Kak ni, mula-mula takut. Dok menangislah. Lari masuk rumah sampai tak sempat buka selipar. Setelah dipujuk-pujuk akhirnya dia join gak. Itulah cerita cucu-cucu mak ayah aku. Baru tiga orang tapi bukan main gamat lagi bila tiga orang ni bermain. Oh iye, bunga api ni aku beli dengan opismate bukan asben aku bawak balik. Mentang-mentang laki den kerja Kastam nanti orang kata laki den bawak balik pulak. Itu sahaja entri malam ini. Sekian dan wassalam...

Aku Penulisnya,
Fyda Adim

posted from Bloggeroid

No comments: