Friday, July 4, 2014

~Salam 6 Ramadhan~

Teks : Fyda Adim
Foto : FB

Assalamualaikum...

Salam jumaat buat semua.  Pembuka bicara untuk pagi ini.  Semalam mahu menitipkan sesuatu di sini tetapi peyankit 'M' bermaharajalela di dalam badan.  Entahlah semalam keletihan sungguh.  Mahu update guna telefon bimbit pun alahaiiii...bercinta!

Sekejap sahaja sudah 6 Ramadhan.  Semoga diberikan kesihatan yang baik agar dapat menjalani ibadah di bulan Ramadhan ini dengan sempurna.  Semalam aku bercuti daripada memasak sebab aku berbuka di rumah mak.  Suami aku kerja petang.  Cuma balik dari rumah aku masak nasi aje.  Lauk tapau dari rumah mak.  Dapatlah berehat sikit semalam.

Istiqamah dan istighfar itu penting.  Semoga kita sentiasa dirahmati dan diberkati Allah Ta'ala.  Amin..Okeylah mahu ambil mood mahu memulakan kerja.  Bersambung lagi di lain entri.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                         

No comments: