Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri
Assalamualaikum...
Selamat petang. Lagi setengah jam mahu pulang. Fikiran sudah melayang ke rumah. Untuk berbuka hari ini agak santai. Tak perlu terkejar-kejar mahu ke dapur. Memandangkan asben kerja petang, jadi kami empat beranak berbuka di luar. Mungkin masak untuk sahur sahaja nanti. Okeylah, kali ini entri masak-masak untuk menu berbuka agak lambat aku titipkan di sini. Marilah aku kongsikan. Mungkin boleh juga dijadikan idea untuk korang berbuka nanti.
1 Ramadhan yang jatuh pada hari ahad, aku bercadang masak yang agak berat sikit. Lagipun waktu bercuti punya masa untuk menyiapkan segala bahan. Begitu juga dengan 2 Ramadhan. Memandangkan negeri Melaka masih bercuti, menu nasi juga menjadi pilihan.
Untuk 1 Ramadhan, juadahnya adalah nasi tomato, ayam masak merah serta jelatah timun yang simple. nanti aku kongsikan resepinya.
Untuk 2 Ramadhan pula, aku masak nasi minyak, kari daging dan jelatah timun juga. Mahu menghabiskan stok-stok di dalam peti ais. Begitulah cerita menu berbuka aku dan keluarga untuk dua hari berturut-turut itu. Nanti aku ceritakan lagi. Kalau rajin aku letak resepinya ye. Sekian dan wassalam...
Aku Penulisnya,
No comments:
Post a Comment