Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri
Assalamualaikum...
Salam pembuka biacara untuk pagi ini. Selamat hari isnin dan salam 16 Ramadhan. Sekejap sahaja kita sudah berada menginjak ke pertengahan Ramadhan. Sayu rasa hati tatkala Ramadhan semakin berlalu tanpa buat banyak beribadat. Pasti akan merindui suasana Ramadhan lagi. Moga diberi kesempatan untuk merasainya lagi. Lagu raya pun sudah berkumandang.
Seperti biasa, untuk rujukan dan kenangan aku sekeluarga memori beriftar akan sentiasa dititipkan di sini. Bukan mahu menunjukkan makanan, bukan mahu menunjuk makan di mana tapi sebagai kenangan. Fikir yang baik-baik, akan datang yang baik-baik juga.
Isnin lepas bersamaan 9 Rmaadhan kami empat beranak berbuka di kedai mamak. Memandangkan asben kerja petang memang destinasi beriftar hanya di luar. Jadi destinasi kami empat beranak ke Restoran Asri Ros Merah di Bukit Beruang. Aku ke sana dulu dengan anak-anak. Order makanan dan tunggu asben di sana.
Pilihan aku adalah tosai. Cicah dengan kuah kelapa itu sangat sedap!
Roti tisu untuk nanammar.
Empat gelas air untuk kami empat beranak.
Ammar gaya peacenya. Masa ini baru sudah makan seketul ayam goreng. Katanya macam upin ipin makan. Penangan kartun betul budak ini sorang.
Budak yang sorang ni susah makan. Risau dibuatnya. Tapi aku sudah mencari makanan untuk membuatkan selera makannya seperti ammar. Nanti aku ceritakan kemudian. Bersambung lagi di lain entri. Sekian dan wassalam...
Aku Penulisnya,
No comments:
Post a Comment