Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri
Assalamualaikum....^___^
Selamat pagi selasa. Salam sayang buat pembaca-pembaca di blog picisan ini. Kejadian ini sudah berlaku beberapa bulan yang lepas. Aktiviti 'SISIH' yang aku lakukan di rumah. Tengok baju kurung aku berlambak dan almari yang ada sudah tidak mampu untuk menampung baju-baju kurung aku itu. Baju kurung aku memang banyak tapi pergi kerja dok ulang baju yang sama. Hehehe...
Aku memang gitu. Suka ulang yang ada. Kadang malas nak selongkar yang lain. Kadang yang kat luar itu yang senang digosok. Malas memanjang. Dah janji pada diri tak mahu guna perkataan malas. Okey, kurang rajinlah.
Inilah dua beg baju kurung yang sudah aku nyahkan daripada almari aku. Aku bagi pada Mira Mokhtar mulanya suruh dia tengok. Kemudian yang lain bagi pada anak-anak mak uda aku.
Dan ini adalah baju kebaya yang si Mira Mokhtar ambil. Masa beli ini mahal harganya. Beli sedondon dengan Adriana. Konon masa tu teringin nak berkebaya. Sekarang rasa macam tak sesuai.
Throwback. Ini masa raya tahun 2011. Sedondon dengan adriana masa itu. Saja suka-suka nak pakai. Masa raya itu aku empat beranak tak pakai sedondon pun. Temanya caca marba. Itu sahaja aktiviti menyisih baju-baju dalam almari. Dua minggu lepas aku baru aje menyisih tudung. Tudung yang awning rasa sudah jarang pakai sudah aku masukkan dalam beg. Tunggu nak bagi orang je. Itu sahaja ceritanya. Nanti bersambung lagi. Sekian dan wassalam...
Aku Penulis Picisan,
No comments:
Post a Comment