Foto : Fon Sendiri Lenovo
Assalamualaikum...^____^
Salam pembuka bicara untuk hari ini. Selamat tengahari semua. Selamat hari khamis. Semoga hari ini
lebih baik dari semalam. Mudah-mudahan. Itu yang selalu
diharap-harapkan oleh semua insan termasuklah aku. Berbalik kepada
tajuk, semalam sejurus pulang dari kerja aku menjemput abang jebat di
rumah dan terus menjemput anak-anak pula.
Orang itu sedang menebar roti. Mungkin. Aku hanya perhatikan dari jauh.
Tempat warungnya di sini. Bolehlah mencuba pada sesiapa yang belum pernah cuba.
Waktu kami menanti makanan sampai ke meja, hujan turun membasahi bumi.
Limau suam untuk aku, teh o untuk asben aku a.k.a abang jebat.
Sampai sudah roti canai. Dua keping roti telur dan sekeping roti sardin.
Aku hanya menikmati sekeping roti telur. Kemudian menghabiskan makanan yang anak-anak tak habis serta asben aku yang sedang dalam proses berdiet.
Kita orang pesan asam pedas tetel. Sedap sungguh!
Ini sudah selesai. Makan berdua je dengan asben. Anak-anak kurang sebab pedas. Memang sangat kenyang. Alhamdulillah. Itulah kisah semalam. Boleh cuba terjah ke kedai itu pada sesiapa yang belum pernah sampai. Sekian dan wassalam...
Aku Penulis Picisan,
2 comments:
aida lom pernah sampai ni!!!!
mcm best aje...
mcm menarik aje...
wahhhhh ppagi tgk gmba roti canai ni wat liuq leleh
Post a Comment