Tuesday, June 17, 2014

~Bila Tertengok Katalog Tupperware~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum...^___^

Selamat petang semua.  Lagi 20 minit mahu ke jam 5.  Masa untuk pulang adalah sangat-sangat dinantikan.  Tengahari tadi makan nasi lemak.  Sekarang ni nasi lemak itu sedang bertindak balas.  Dah berkali-kali aku menguap ni.  Okeylah entri tengahari tadi baru tulis sudah berjanji pada diri sendiri tidak mahu membeli tupperware.  Betul ke bohong?

Entrinya di SINI.

Tapi ini aku beli sebelum menulis entri tadi.  Dimaafkanlah kan.  Untuk diri sendiri.  Hehehe...Biasalah kalau sudah tengok katalog tupperware yang bermacam-macam warna, bentuk yang menarik itu pasti hati ini tertarik untuk membelinya.  Betul tak?

Setelah sekian lama tak tengok katalog tupperware dan akhirnya bila tengok pasti terbeli.  Ini aku kogsi dengan kawan aku.  Sorang 4 bekas tupperware bayar RM36.  Selalu bila kawan bawak katalog memang aku tak pandang langsung.  Tapi bulan lepas tergoda juga akhirnya.

Nah! Inilah tupperware yang aku beli.  Sudah selamat aku susun dalam almari masa kemas-kemas ahad lalu.  Nanti-nantilah baru digunakan.  Bertambahlah koleksi tupperware maka saratlah almari aku itu.  Itu sahaja celoteh di petang hari sambil melayan mata mengantuk ini.  Mahu berkemas sebelum pulang.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulis Picisan,






                                                                                                         

No comments: