Teks : http://perniagaansemua.blogspot.com
Foto : Carian Google
Assalamualaikum...
Selamat petang semua. Petang ini aku mahu kongsikan tips untuk melupakan kesalahan orang yang menyakitkan hati kita. Tadi sedang mencari maklumat lain terjumpa artikel ini di blog berkenaan. Terus sahaja dikongsikan di sini. Mana tahu boleh dijadikan manfaat buat kita semua. Pernah tak korang berada di dalam situasi ini? Jika pernah dan sedang berusaha untuk melepaskan diri daripada belenggu itu, di sini ada tiga cara melupakan kesalahan orang yang menyakitkan hati kita.
Bacalah untuk dijadikan panduan bersama. Semoga bermanfaat dan dapat meringankan beban korang yang sedang berada dalam situasi yang diperkatakan.
Artikel dari blog http://perniagaansemua.blogspot.com
Memberi maaf memang mudah tapi nak melupakan habis apa yang orang dah
buat pada kita seolah-olah tiada apa-apa, itu agak mencabar.
Saya
tak suka kata susah, saya memilih untuk kata ‘mencabar‘ sebab perkatan
tu lebih positif. Menyebut perkataan ‘susah‘ membuat kita terdorong
untuk berfikiran negatif kerana bunyi perkataan tu agak negatif.
Dah
jadi lumrah agak mencabar melupakan perangai orang yang menyakitkan
hati kita. Tapi, jika Anda nak berjaya, nak menjadi orang hebat dalam
bidang Anda sekarang ni dan Anda betul-betul nak berubah, Anda kena
melatih diri untuk melupakan kesalahan orang.
Cemana nak melupakan?
Ikuti 3 langkah di bawah:
Langkah 1: Tutup cerita lama, buka cerita baru.
Yang dulu tu, dululah. Lupakan. Yang sekarang, sekarang.
Anggap
perangai orang yang menyakitkan hati kita tu sebagai ‘cerita lama’
kerana ia berlaku di masa lepas (masa yang lama) dan sudah pun berlaku.
Tak menyumbang pada kemajuan diri kalo diingat selalu.
Kita kena
bukak cerita baru di masa kini (masa yang baru) dan elak untuk cakap
balik cerita-cerita lama. Jadikannya sejarah hidup sahaja.
Langkah 2: Anggap setiap hari adalah hari yang baru dan tiada kaitan langsung dengan hari-hari buruk yang dah berlalu.
Jangan
tarik balik keburukan lalu ke masa kini kerana ia akan mencemarkan
kebahagiaan yang kita nak rasai pada hari ini, pada masa kini. Nak
berjaya, kita perlu sentiasa bersemangat. Nak sentiasa bersemangat, kita
perlu sentiasa gembira.
Kita akan jadi tidak gembira apabila
kita selalu ungkit balik cerita-cerita di masa lepas, iaitu cerita lama
kita. Maknanya, masa depan kita pun tak ada guna kalo macam tu sebab
kita selalu ungkit balik cerita yang dah lama. Kesannya, tak majulah
kita.
Jangan pandang belakang (ingat balik masa lalu) walau
seburuk manapun situasi yang berlaku di masa lalu. Masa lalu biarlah
kita tinggalkan supaya kita dapat membentuk masa depan yang lebih
gemilang buat diri kita.
tiap kali ingatan kita terputar balik ke
masa lalu, sebenarnya minda kita sedang memerangkap kita. Kita kena
menguasai minda, bukan kita yang dikuasai minda melalui mainan emosi
kita sendiri.
Langkah 3: Pendirian mesti mau kuat, fikiran kena matang.
Fikiran
yang matang adalah fikiran yang dikuasai oleh rasional, bukan dikuasai
oleh emosi. Fikiran kita ni bila dikuasai oleh emosi dan kita pun
bercakap jadi agak beremosi, kesannya kita rasa sukar untuk melupakan
kesalahan orang yang menyakitkan hati kita, walaupun cuma kesalahan
kecil. Untuk mematangkan fikiran, Anda kena kawal emosi.
Setiap
hari, latih diri untuk mengawal emosi dan elak untuk berkata dengan
penuh emosi. Kawal rasa nak marah, kawal rasa geram, sakit hati serta
perasaan-perasaan lain yang serupa dengannya kerana dengan mengawal
semua emosi tu, kita sudah melatih diri untuk sentiasa berfikiran
rasional, bukan berfikiran emosional.
Aku Penulis Picisan,
No comments:
Post a Comment