Teks : Fyda Adim
Foto : Mini Ipad
Assalamualaikum....^____^
Selamat malam semua. Setengah jam lagi mahu ke dua belas tengah malam. Sepatutnya entri ini mahu ditulis siang tadi tapi kekangan masa. acam-macam kerjaan yang dibuat sampai sakit kepala. Cuaca agak panas hari ini. Sudahnya aku bergolek-golek sahaja di depan televisyen. Anak-anak kejap baring, kejap gaduh, kejap bergurau. Abang jebat aku kerja petang hari ini. Dapatlah berehat sebentar bersama kit kat. Ahaks.
Kunjungan ke Pasar Besar Melaka adalah aktiviti kami pagi ini. Jarang sekali nak jejakkan kaki ke pasar. Ini pun sebab nak bawa mak aku beli barang. Selalu adik aku bawa tapi sebab dia balik kampung aku bawaklah pula. Kebetulan asben aku tak kerja jadi memang senang di situ. Jadinya jam 8.30 pagi sampai rumah mak. Mak dan ayah aku sudah bersiap. Malam tadi telefon mak ayah aku kata dia orang nak pergi pasar naik motor je. Oh no! no! no!
Keadaan di dalam pasar. Masa ini aku dengan adriana tengah cari mak aku. Yang hat lelaki duduk di luar saja. Sempat ye amik gambar. Mulut nana bising. "Mama, selipar nana dah basah." "Mama, bau busuk." Biarkan dia rasa. Selalu nak selesa pergi shopping je kan.
Kita orang selalu beli barang basah kat Family Store. Memang tak pergi pasar pun.
Segar bugar ikan-ikannya.
Sudahnya aku rembat ikan kembong tiga ekor. RM4 untuk tiga ekor tu. Bolehlah buat asam pedas nanti. Aku beli daun kesum, tomato, limau belacan. Itu sahaja. Standby letak kat rumah.
Ini orang jual di depan pintu masuk pasar.
Ini barang-barang mak aku. Masa ni duduk kat depan tunggu mak aku beli barang lagi.
Selesai membeli barang, kami ke tingkat atas untuk bersarapan.
Makan di gerai ini. Ada asam pedas. Aku makan roti jala je. Menghabiskan nasi adriana sampai kekenyangan.
Ammar beria-ia makan. Atok memerhatikan saja cucunya makan. Usai makan, hantar mak dan ayah aku balik. Kemudian singgah Family Store nak beli susu untuk Ammar dan terus balik rumah. Itu sahaja kisah pagi tadi. Sekian dan wassalam...
Aku Penulis Picisan,
No comments:
Post a Comment