Tuesday, June 3, 2014

~Sebelum Dan Selepas Berkursus~

Teks : Fyda Adim
Foto : Mini Ipad

Assalamualaikum...^____^

Selamat pagi semua.  Selamat pagi selasa! Hari ketiga di dalam bulan Jun.  Lebih kurang 25 hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan.  Bulan Jun ini ada beberapa juga hari lahir insan-insan yang tersayang.  Antaranya ulangtahun kelahiran mak mertua, ayah aku, anak buah dan juga akan berlangsung majlis pertunangan adik ipar aku seminggu sebelum puasa. 

Entri ini kisah minggu lepas.  Bukan aku yang pergi kursus tapi si dia.  Dia tu abang jebat akulah.  Hahaha.  Minggu lepas asben berkursus di KL.  Kursus uCustoms.  Tinggal lah kami tiga beranak.  Dua malam je pun.  Cukuplah sekarang tak payahler kursus lama-lama.  Sesak dada nak menguruskan semuanya sendiri.

Ini sebelum papa ke kursus.  Papa bawa makan asam pedas kat Taman Malinja.

Ini nasi untuk aku.

Ini asam pedas tetel.  Sedap!

Ini pula selepas asben pulang dari KL.  Asben sampai Melaka tengahari khamis lepas.  Kemudian balik kerja aku jemput di rumah kemudian kita orang amik anak-anak di rumah mak.  Terus pergi makan malam di Old Town.  Ini menu pesanan malam itu.  Nasi lemak bersama kari ayam.

Ini air untuk aku.  Air coklat kegemaran.  Menu lain ada roti bakar.  Tapi non ado gambar.  itu sahaja kisah makan-makan kami empat beranak.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulis Picisan,






                                                                                                          

No comments: