Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri
Assalamualaikum...^____^
Selamat tengahari semua. Selamat tengahari selasa. Hujung minggu yang lalu hanya bersantai di rumah memangdangkan si hero kecil aku demam. Laki den pun kerja. Jadi memanglah tidak ke mana-mana. Seperti biasa misi di kala hujung minggu berjalan seperti biasa. Memasak, mengemas, melipat dan sewaktu dengannyalah. Buat kerja rumah yang tidak pernah ada titik noktahnya melainkan bila sudah tutup mata. Hehehehe...
Ini menu sarapan pagi sabtu. Masak spageti dan bahan-bahannya main campak-campak apa yang ada dalam peti ais.
Kemudian masak asam pedas ikan cencaru. Tapi hari tu asam pedas aku terkurang air asam.
Ahadnya pula laki aku keje shif pagi. Aku masak spiral goreng dan nasi
goreng tomyam. Gambar non ado. Hari itu agak kalut melayan ammar yang
merengek sebab giginya sakit. Jadi memang tak sempatler nak amik gambar
makanan yang dimasak. Dalam pada kalut melayan si kecik tu aku
dapatlah jugak mengemas rumah. Memang dari sehari ke sehari nak
mengemas almari kat dining tu tapi semedang tak sempat. Oleh sebab dah
dapat komplen daripada abang jebat katanya yang almari itu sudah tidak
tersusun maka hari itu aku gigihkan jugak mengemas almari di dining dan
kabinet di dapur.
Tengoklah koleksi tupperware aku. Bukan nak menayang tupperware aku itu ye. Sudah banyak dah sudah tak tahu mana mahu disusun. Jadi aku letakkan satu tempat khas untuk koleksi tupperware aku ini. Senang nak cari. Ini pun main selit je. Berjanji pada diri sendiri tidak mahu membeli lagi. Tempat di rumah sudah agak terhad.
Inilah hasil sampah sarap yang terkumpul hasil misi aku mengemas rumah sempena nak menanti kedatangan bulan Ramadhan. Nanti tak payahlah nak berkemas sangat. Huh! Banyak betul sampah sarap kat rumah aku. Kalau aku sudah berkemas habis semua nak dibuangnya. Kemas sorang-sorang senang sikit. Senang aku nak buang benda tak sepatutnya. Jadi selesai misi mengemas di satu bahagian. Minggu ini aku nak terjah bilik anak dara. Nak kemas almari baju anak daraku. Kemudian nak terjah sekali bilik bersantai aku. Harap-harap selesai sebelum puasa.
Itu sahaja entri mengemas rumah hujung minggu. Misi nak mendeko masih tetap dijalankan memandangkan kewangan agak terhad jadi kenalah perlahan-lahan mendeko rumah. Mendeko pun seadanya bergantung pada kewangan juga. Sekian dan wassalam...
Aku Penulis Picisan,
1 comment:
x aci..kite xmakan lagi..tengok makanan jd laparrrr..sobsob
Post a Comment