Wednesday, April 30, 2014

~Takut Buat Dosa~

Teks : Kak Aina Emir
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semua.  Pagi ini mahu dikongsikan sesuatu.  Aku adalah pembaca tegar pada penulis ini iaitu Kak Aina Emir.  Novelis yang terkenal.  Jadi aku mahu kongsikan sedikit petikan dalam entri di blognya.  Telah pun mendapat keizinan daripadanya.  Mari baca apa yang ditulis oleh Kak Aina.  Mana tahu dapat dimanfaat bersama.


 Dari blog Kak Aina...

Saja nak berkonsi cerita, sejak kebelakangan ini, entri saya yang berjudul 'Hukum Karma dan Kaffarah' sangat popular. Ramai yang datang ke blog saya membaca entri itu. Kemungkinan mereka mahu tahu tentang hal 'buat dosa' ketika berada di dunia. Sebagai manusia, kita pasti sedar bila kita melakukan kesalahan, bermakna kita sedang mengumpul 'dosa'. Kalau kita waras, tentu kita takut buat dosa.

Tapi kadang-kadang, ada juga yang tak sedar mereka sedang lakukan dosa. Baginya, tindakannya itu bukan dosa, tetapi 'saja suka-suka'. Konon-konon nak cuba atau nak merasa. Tapi buat apa nak merasa 'buat dosa'?

Sebenarnya, ramai di antara kita tidak dapat mengawal 'nafsu'. Tak kiralah nafsu apa, termasuk 'tamakkan harta', mencuri, merosakkan harta benda, berskandal, ambil rasuah, menipu, khianat, melakukan fitnah, menyakitkan hati orang lain, berzina dan macam-macam lain yang merupakan kejahatan dan tentulah 'dosa' yang sedang dikumpulkan.

Kalau kita tidak mampu untuk membezakan mana yang 'batil' dan mana yang 'benar', tentulah kita keliru dan tak tahu macam mana nak  menumpang dunia Tuhan. Tapi... ramai yang keliru, kerana kita lebih bergantung apa yang kita rasa di hati dan mungkin juga kerana kita suka ikut cakap orang lain yang konon-kononnya 'baik budi'. Kerana itu, kita jadi sesat dan terus-menerus kita buat dosa. Dosa yang paling besar ialah syirik kepada Allah SWT kerana perbuatan itu tidak diampunkan Tuhan. Nauzubillah min zalik.

Apa-apa pun, yang pasti, bila kita buat dosa, tentu ada hukumannya. Lebih baiklah kalau kita amalkan 'takut untuk buat dosa', kerana kita juga tidak tahu bila ajal kita tiba. Dunia ini bukan sekadar untuk suka-suka. Fikir-fikirkanlah.

Jadi... kadang-kadang mungkin, tak payah sangat kita masuk blog orang, sekadar untuk tahu pergerakan orang. Kalau tiada kaitan dengan kita... biarkanlah dia. Mungkin kita juga tak tahu, bahawa tuan blog boleh tahu siapa yang sedang berada dan mengintai-intai di blognya!

Itu sahaja.  Terima kasih buat Kak Aina kerana memberi keizinan untuk berkongsi.  Sekian dan wassalam...






                                                                                                          

No comments: