Sunday, April 6, 2014

~Menu Hari Ini~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat tengahari semua.  Dah siap masak ke? Hari ini aku masak awal.  Sebelum pukul 8 sudah siap semuanya.  Mengejarkan asben yang mahu kerja pagi.  Siapkan sarapan dan bekalan untuknya.  Macam lipas kudung kat dapur pagi tadi.  Main campak-campak je apa yang ada.  Bahan masak memang dah siap keluar awal jadi tidaklah membuang masa nak tunggu hilang sejuknya.
Inilah menu untuk hari ini.  Sebelah kiri adalah daging pekasam.  Sebelah kanan atas tu kari ayam dan bawahnya papadom.  Sayur tak masak.  Masak lauk banyak-banyak nanti tak ada siapa nak makan.  Alhamdulillah rezeki untuk hari ini.  Kenyang kami empat beranak.  Itu sahaja cerita masak-masak aku di rumah.  Selamat berhujung minggu semua!

Wassalam...

Aku Penulis Picisan,







                                                                                                                      

1 comment:

[leily.laily] said...

oh sedap nyer
blom lunch lagi ni..

saya suke popedom!!