Sunday, April 20, 2014

~Iman & Teguran~

Teks : Fyda Adim
Foto : FB

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Selamat tengahari semua.  Kau orang dah masak? Hari ini saya cuti memasak.  Sebabnya tunggu asben bawa balik mee bandung dari rumah mak.  Sedang menanti dengan penuh kesabaran.  Iye, semalam telefon mak beritahu hari ni mak masak mee bandung.  Uwah, haruslah saya kecek sikit.  Masakan mak mahu tak terliur.  Jadi untuk alas perut pagi ini saya dan anak-anak hanya makan cekodok dan roti bakar.  Tunggu asben balik dari kerja pagi kemudian dia singgah rumah mak.

Sabar itu separuh daripada iman.  Bercakap soal iman, hayatilah kata-kata di bawah yang saya kongsikan dari wall rakan saya di FB.

Katanya, jika mahu melihat iman seseorang, lihatlah keadaan dia apabila menerima teguran.  Renung-renungkanlah.  Selamat berhujung minggu dan selamat beristirehat.  Sekian...

Wassalam...

Aku Penulis Picisan,






                                                                                                                       

No comments: