Foto : Koleksi Sendiri
Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Selamat malam. Entri ini ditaip sambil bergolek-golek di atas katil. Mahu tidurkan anak-anak. Taip guna hp supaya tidak tertidur. Mahu seterika baju kerja dan baju sekolah nana. Jadi aku ambil peluang untuk update blog kesayangan. Banyak nak diceritakan namun kekangan masa itu sangat mencemburui aku. Bila ada waktu senggang mood nak menulis pula tiada. Ermmm...
Malam ni nak cerita makan-makan ikan bakar di Restoran Ikan Bakar Parameswara area Umbai. Anjuran kelab office. Aku pergi setelah mendapat kebenaran asben. Marilah tengok beberapa keping gambar.
Suka dengar Balkis berkaraoke dengan suaminya. Aku cabut awal malam tu. Part karaoke memang tak minat. Bukan reti kut aku nak nyanyi. Kalau aku nyanyi mahu setahun kena kutuk. Aku balik lepas perut sudah kenyang. Mira hantar balik rumah mak aku tunggu asben aku jemput kami tiga beranak. Itu sahaja ceritanya. Sekian...Nite uolls!!!
Wassalam...
Aku Penulis Picisan,
Fyda Adim
No comments:
Post a Comment