Teks : Fyda Adim
Foto : FB
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selamat pagi semua. Selamat pagi isnin! Isnin kembali lagi. Jangan diselubungi dengan isnin biru. Semoga permulaan hari ini baik-baik sahaja. Abaikan sahaja jika ada yang mahu menghilangkan mood kalian. Sikap negatif orang dan diri sendiri membuatkan kita tidak berjaya.
Kata-kata ini amat mendalam. Lakukan apa yang perlu untuk tidak terlalu memikirkan apa yang mengusik diri. Lupakan kisah yang lama. Pada aku kalau kisah lama itu membuatkan kita terluka memang amat sukar dilupakan. Ambil masa untuk kita lupakan dan hanya kekuatan diri sahaja yang boleh menepis segalanya. Berilah tumpuan pada hari baru. Sayangilah diri, buatlah sesuatu yang menggembirakan diri sendiri kerana setiap saat yang kita lalui terlalu istimewa. Sekian dan wassalam...
Aku Penulis Picisan,
1 comment:
hargailah setiap saat yang kita ada...
Post a Comment