Thursday, April 10, 2014

~Jangan Diulangi Kesilapan!~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semua. Dua hari menghilang tanpa entri. Hari selasa ke seminar kemudiannya diserang sakit gigi. Semalam pula mencari kekuatan. Akhirnya aku menyerah diri juga. Nanti akan aku ceritakan.


Sesiapa sahaja tidak sempurna. Manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan. Tetapi jangan diulang kesilapan yang telah dilakukan. Hargai insan-insan yang menerima dan sedia memaafkan kita tatkala kita melakukan kesilapan. Ingat! Sekali lagi kita mengulang kesilapan itu pasti kita tidak diberi kemaafan lagi. Jagalah sementara masih diberi peluang.


Sekali kita melakukan kesilapan kemaafan diberikan pada kita mungkin atas sebab ini. Jangan tersalah langkah yang akan merosakkan diri kita kelak.

Itu sahaja perkongsian pagi ini. Berkongsi atas apa yang difikirkan dan dirasakan. Lain orang lain pemikirannya. Renung-renungkanlah. Hari ini gambar yang dikongsikan versi omputih ye. Sekian...

Wassalam...

Aku Penulis Picisan,
Fyda Adim

posted from Bloggeroid

1 comment:

Anonymous said...

penah jgk wat kesilapan .. dan dh pohon kemaafan .. tppppp mereka2 tetap menghukum smp skng ni .. xpe , ku redha..