Teks : Kak Aina Emir
Foto : Carian Google
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selamat pagi semua. Pagi ini mahu dikongsikan sesuatu. Aku adalah pembaca tegar pada penulis ini iaitu Kak Aina Emir. Novelis yang terkenal. Jadi aku mahu kongsikan sedikit petikan dalam entri di blognya. Telah pun mendapat keizinan daripadanya. Mari baca apa yang ditulis oleh Kak Aina. Mana tahu dapat dimanfaat bersama.
Dari blog Kak Aina...
Saja nak berkonsi cerita, sejak kebelakangan ini, entri saya yang
berjudul 'Hukum Karma dan Kaffarah' sangat popular. Ramai yang datang ke
blog saya membaca entri itu. Kemungkinan mereka mahu tahu tentang hal
'buat dosa' ketika berada di dunia. Sebagai manusia, kita pasti sedar
bila kita melakukan kesalahan, bermakna kita sedang mengumpul 'dosa'.
Kalau kita waras, tentu kita takut buat dosa.
Tapi kadang-kadang, ada juga yang tak sedar mereka sedang lakukan dosa.
Baginya, tindakannya itu bukan dosa, tetapi 'saja suka-suka'.
Konon-konon nak cuba atau nak merasa. Tapi buat apa nak merasa 'buat
dosa'?
Sebenarnya, ramai di antara kita tidak dapat mengawal 'nafsu'. Tak
kiralah nafsu apa, termasuk 'tamakkan harta', mencuri, merosakkan harta
benda, berskandal, ambil rasuah, menipu, khianat, melakukan fitnah,
menyakitkan hati orang lain, berzina dan macam-macam lain yang merupakan
kejahatan dan tentulah 'dosa' yang sedang dikumpulkan.
Kalau kita tidak mampu untuk membezakan mana yang 'batil' dan mana yang
'benar', tentulah kita keliru dan tak tahu macam mana nak menumpang
dunia Tuhan. Tapi... ramai yang keliru, kerana kita lebih bergantung apa
yang kita rasa di hati dan mungkin juga kerana kita suka ikut cakap
orang lain yang konon-kononnya 'baik budi'. Kerana itu, kita jadi sesat
dan terus-menerus kita buat dosa. Dosa yang paling besar ialah syirik
kepada Allah SWT kerana perbuatan itu tidak diampunkan Tuhan.
Nauzubillah min zalik.
Apa-apa pun, yang pasti, bila kita buat dosa, tentu ada hukumannya.
Lebih baiklah kalau kita amalkan 'takut untuk buat dosa', kerana kita
juga tidak tahu bila ajal kita tiba. Dunia ini bukan sekadar untuk
suka-suka. Fikir-fikirkanlah.
Jadi... kadang-kadang mungkin, tak payah sangat kita masuk blog orang,
sekadar untuk tahu pergerakan orang. Kalau tiada kaitan dengan kita...
biarkanlah dia. Mungkin kita juga tak tahu, bahawa tuan blog boleh tahu
siapa yang sedang berada dan mengintai-intai di blognya!
Itu sahaja. Terima kasih buat Kak Aina kerana memberi keizinan untuk berkongsi. Sekian dan wassalam...
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..