Friday, April 4, 2014

~Terlalu Percaya~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat tengahari.  Jumaat tiba lagi.  Alhamdulillah masih diberi peluang untuk merasai kehidupan.  Tengahari ni rehat panjang.  Hari ini bercadang tidak ke mana-mana.  Tadi keluar kejap beli makanan je.  Keluar selalu nanti duit habis, ada misi lagi yang perlu diteruskan.  Jadi misi berjimat-cermat perlu ada.

Sedang melayari internet terjumpa kata-kata ini.  Kita menyimpan kepercayaan pada seseorang tetapi sudahnya apabila kepercayaan itu tidak digunakan sebaik mungkin maka kepercayaan itu kelak akan hilang.  Itulah lumrah kehidupan.  Kerana terlalu percaya diri umpama lurus bendul.  Kerana terlalu lurus menjadi mangsa jenaka manusa.  Itulah manusia.

Semoga kita sentiasa dilindungiNya.  Buat baik dibalas baik.  Jangan sesekali menghilangkan kepercayaan seseorang kelak tidak akan ada kepercayaan itu lagi.  Renung-renungkanlah.  Sekian.

Wassalam...

Aku Penulis Picisan,







                                                                                                         


No comments: