Dinner malam tadi kita orang makan mee sup. Sejuk-sejuk sedap hirup sup. So sebab malam tadi ada sedikit kerajinan nak masak dan malas nak buat yang remeh-temeh aku decide nak masak mee sup. Mulanya asben aku tak nak. Dia mana reti nak makan sup. Tapi yang aku pelik sup mamak dia makan pulak. Nak-nak kalau sup kambing. Aku nie memang suka masakan ala-ala chinese style. Memang feveret.
Bila masak mee sup boleh anak-anak aku sekali makan. Tak payahlah nak masak benda lain kan. Selalunya kalau malam aku gorengkan dia orang nugget ke, kentang ke, sosej ke etc sebab sebelum balik anak-anak aku memang dah makan kat rumah mak aku. Tapi malam tadi saje nak suruh dia orang makan heavy sebab hujan-hujan nie memang lapar memanjang. Ke aku sorang yang rasa lapar erk?Saat menaip entry nie yang diautopublished pagi nie aku sedang mengunyah makanan yea. Lapar giler.
So inilah hidangan kami malam tadi. Untuk asben sebab tak boleh nak makan sup gitu jea dia request so aku buatkan cili kicap.
Inilah cili kicap yang aku buat. Versi hentam jugak tapi aku ada rujuk resepi kat SINI. Aku copy paste kat sini kot-kot ada yang nak buat kan. Aku rasa ini yang senang dan mudah jea. Bahan-bahan aku sukat ikut aku jea.
RESEPI SAMBAL KICAP
Bahan-bahan ( satu balang )
- 200g cili api hijau
- 1 botol kicap manis cap kipas udang
- 2 labu bawang putih
- 4 senduk minyak
- 1/2 st garam
- gula secukup rasa
- 1/2 cawan air
Cara-cara
- Panaskan minyak,goreng bawang putih hingga kekuningan,angkat dan ketepikan.
- Dalam minyak yg sama, goreng cili api hingga masak. Peringatan : kuali mesti ditutup semasa goreng cili api sbb meletup2 semasa digoreng. Lepas 8-10minit atau hingga cili api tdk meletup lagi,boleh lah diangkat.
- Biarkan sejuk seketika. Kemudian ambil bawang putih dan cili api yg telah digoreng tadi utk diblend. Masukkan juga garam,gula,kicap manis dan sedikit air.
- Rasa masin & manisnya,adjust mengikut kehendak masing2. Air perlu diagak2 jgn terlalu byk jika tidak sambal kicap jadi terlalu cair.
- Disimpan di dalam balang kaca di dalam peti sejuk utk tahan lebih lama. Sedap makan dengan pisang atau keledek goreng dan juga soto.
No comments:
Post a Comment