Salam semua dan selamat pagi. Isnin datang lagi. Hujung minggu aku penuh kesepian. Terpaksa meyepi daripada dunia luar. Tiada facebook, twitter mahupun blog!!!Memang sepi sangat-sangat. Sabtu ahad memang totally di rumah. Hari sabtu tunggu orang pasang awning dan betulkan lampu yang fiusnya terbakar akibat guruh kuat jumaat lepas. Dan itu jugak menyebabkan aku sepi sebab internet tidak ada!!Streamyx rosak!!
Jumaat lepas blackout lepas guruh yang kuat. Lampu rumah pun ada yang tak leh guna. Dan salah satunya streamyx pun tak leh guna. Masa guruh kuat tue tak on pun streamyx nie. Tak tahulah apa masalahnya. Semalam dah telefon no kerosakan 100 tue. Orang telekom dah datang tengok tapi still tak elok lagi. Hari nie aku nak gesa lagi tel suruh betulkan. Esok cuti umum. Tak boleh aku duduk kat rumah tanpa internet. Uwahhhh...
So hari ini dan pagi ini barulah dapat aku update blog aku ini yang sepi selama 2 hari. Tanpa internet rasa kosong betul. Tak boleh nak whatsapp, tak leh tengok fb, twitter dan juga blogging. Bosan sungguh sebab itulah aktiviti aku semasa di rumah selain melayan anak-anak.
1 comment:
cabut x wayar tepon?biasanyaa kalau guruh sy cabut wayar tepon sekali hehe
Post a Comment