Mulakan hari ini dengan penuh kekuatan pada diri dalam bulan yang baru ini. Lagi sebulan jea lagi kita akan melangkah ke tahun baru. Adakah azam untuk tahun ini sudah tercapai?Bulan november ini penuh dengan harapan buat aku. Semoga aku akan peroleh sesuatu yang baik buat diri aku dan juga buat keluarga aku. Jika bukan rezeki aku, pasti akan ada sesuatu yang lebih baik buat aku. Berusaha dan terus berdoa. Yang lain aku serahkan kepadaNya.
Oklah lupakan kisah november jom kita beralih kepada resepi yang ingin aku kongsikan di sini. Aku try buat malam tadi setelah terjumpa resepi ini di blog Mat Gebu. Sebab semalam pertu tak berapa ok so aku memang tak berani nak makan yang pedas. Masak burger dan aku try buat krep ini. Aku tak pernah makan tapi inilah hasilnya. Buat pun dari kuali yang tak berapa nak non stick. Oklah pada aku. Seakan-akan lempeng jea. Cuma yang ini nipis daripada pancake.
Oklah, mari kita tengok resepinya. Aku copy paste daripada blog Mat Gebu. Korang boleh jugak terjah blog beliau kerana banyak sungguh resepi dan hasil masakan yang menarik daripada beliau. Kagum sungguh. Masakan aku simple-simple jea. Deko pun main hentam. Ini deko kekonon macam ala-ala masuk masterchef. Food tester aku a.k.a asben aku malam tadi pun dah macam juri. Jangan banyak komen makan jea masuk perut kenyang sudah.
RESEPI KREP PERANCIS
Sumber : MAT GEBU
BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/4 cawan susu segar
1/4 cawan + 2 camca besar air
1 camca besar mentega, dicairkan
Secubit garam
Whipping cream secukupnya
Buah strawberry segar
Peach dalam tin secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
- Dalam satu bekas, masukkan tepung, susu, air, telur dan garam. Kacau dengan whisk hingga semua sebati, rata dan licin, tapis adunan tadi. Masukkan mentega dan kacau hingga sebati. Ketepikan.
- Panaskan non-stick pan saiz 8 inci, lenser dengan sedikit mentega (mat guna minyak canola). Bila panas, tuang 1/4 cawan adunan tadi dan ratakan sehingga mendapat lapisan yang agak nipis. Masak dengan api perlahan hingga tepinya kelihatan perang dan sedikit longkah dari kuali, berhati2 terbalikkan dan masak sekejap. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki adunan.
- Hidangkan krep mengikut kreativit anda, samada dimakan bersama whipping cream dan buah2 segar atau sebagainya....Selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment